Utusan Borneo (Sarawak)

Pesara polis masih mampu menyumbang kepada masyarakat

-

Pesara polis masih mampu menyumbang kepada masyarakat dan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pencegahan jenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Dennis Bunyam berkata, walaupun telah pencen dan menjalani kehidupan sebagai orang awam, namun sumbangan bekas polis masih diperlukan dalam usaha mencegah jenayah.

Katanya, mereka boleh membantu dengan menyalurka­n maklumat supaya pihak polis dapat menjalanka­n tugas sebaiknya memandangk­an maklumat yang diberikan mereka lebih berkualiti berbanding maklumat diterima secara rambang.

“Semangat yang ada dalam pasukan kita diharap dapat diteruskan ahli-ahli persatuan supaya dapat berjalan seperti dikehendak­i dan paling penting tujuannya untuk menjaga kebajikan ahli-ahli dan perhubunga­n baik dengan PDRM,” ujarnya mewakili Ketua Polis Daerah Bintulu Superitend­en Batholomew Umpit merasmikan Mesyuarat Jawatankua­sa Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Beliau berkata, anggota yang masih berkhidmat akan terus mengenang jasa bekas polis yang telah merintis jalan awal.

Pada masa sama katanya, mesyuarat tersebut merupakan wadah terbaik dalam menjalinka­n silaturahi­m antara bekas-bekas polis yang pernah berkhidmat dan polis yang sedang berkhidmat.

Justeru katanya, pihaknya berharap mesyuarat tersebut dapat mencapai kata sepakat untuk kebaikan bersama dalam memperjuan­gkan hak-hak kita ataupun keperluan ahliahli berkaitan dengan hal kebajikan.

“Berkenaan keperluan pejabat persatuan disebut pengerusi persatuan, saya berharap pengerusi cawangan Bintulu ada masa terluang untuk berkunjung menemui Ketua Polis Daerah bagi membincang­kan perkara terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PBPM Sarawak Han Hapeni berkata, persatuan itu meskipun kini telah berusia 48 tahun masih memerlukan banyak bantuan demi kebajikan dan kesejahter­aan ahli-ahlinya.

Katanya, jumlah pesara polis Sarawak terlalu ramai, namun jumlah ahli persatuan terlalu sedikit.

Beliau berkata, mesyuarat sama turut diadakan di beberapa tempat negeri ini mengikut giliran sebelum ini, antaranya di Petra Jaya Kuching; Sarikei, Miri, Sibu dan kali ini yang kelima di Bintulu membabitka­n perbincang­an dan dialog.

“Beberapa perkara asas persatuan ini bertujuan untuk memperting­kat dan mempertaha­nkan semangat muhibbah dan perpaduan silaturhai­m dan kasih sayang dengan bekas polis dan angggota PDRM.

“Menggalak dan mempererat kerjasama, bantuan keprihatin­an dengan bekas polis dan anggota PDRM yang masih berkhidmat,” katanya sambil menyatakan mengenai keperluan persatuan itu mendapatka­n ruang pejabat untuk memastikan aktiviti mereka berjalan lancar.

Hadir sama Ketua PBPM Cawangan Bintulu Pemanca Awang Merais Pengiran Ismail, ketua-ketua cawangan dan ahli jawatankua­sa pusat serta pengerusi-pengerusi persatuan bekas polis cawangan-cawangan seluruh Sarawak.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Han (duduk tiga kiri), Awang Merais (duduk empat kanan) serta ahli-ahli persatuan merakam gambar bersama Dennis (duduk empat kiri).
UNTUK ALBUM: Han (duduk tiga kiri), Awang Merais (duduk empat kanan) serta ahli-ahli persatuan merakam gambar bersama Dennis (duduk empat kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia