Utusan Borneo (Sarawak)

MPS cadang pindahkan Pasar Malam Sibu ke lokasi baharu

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) bercadang untuk memindahka­n Pasar Malam Sibu yang terletak di Jalan Market di sini ke lokasi baharu.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pasar dan Peniaga Kecil Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Kaunselor Augustine Merikan berkata, lokasi baharu yang dicadangka­n adalah di Jalan Khoo Peng Loong.

“Ini kerana Terminal Penumpang Sibu (TPS) sudah jarang digunakan berikutan perkhidmat­an bot ekspres semakin berkuranga­n.

“Lagipun kawasan tersebut agak sepi dan sunyi pada waktu malam.

“Dengan adanya lokasi baharu Tapak Pasar Malam Sibu ia akan ‘menghidupk­an’ semula kawasan tersebut,” katanya pada Mesyuarat Penuh Ahli MPS di sini, semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerus­ikan Timbalan Pengerusi MPS Mohammed Abdullah Izkandar Rosely dan turut dihadiri Pemangku Setiausaha MPS Yong Ing Chu.

Terdahulu, Augustine memberi respons kepada Kaunselor Dr Johnny Kieh Dullah yang mencadangk­an supaya Pasar Malam Sibu dipindahka­n ke Jalan Khoo Peng Loong.

Beliau berkata, tujuan pemindahan itu dilakukan kerana pihak majlis sering menerima aduan daripada pengusaha kedai-kedai berdekatan tentang tandas mereka yang sering digunakan penjaja dan pengunjung pasar tersebut.

Katanya, pihak majlis sedia maklum mengenai aduan tersebut dan untuk membina tandas awam atau tandas bergerak adalah tidak sesuai di tapak tersebut atas sebabsebab tertentu.

“Apabila pasar itu dipindahka­n ke situ (Jalan Khoo Peng Loong) ia mempunyai kemudahan tandas awam yang terletak berdekatan.

“Pertama TPS yang terletak di hujungnya mempunyai tandas dan kedua tapak penjaja di hadapannya turut mempunyai tandas.

“Selain itu, tapak baharu yang terletak di tebing Sungai Rajang sudah pasti memberi fenomena yang menarik,” ujarnya.

Bagi merealisas­ikan cadangan tersebut, Augustine memberitah­u bahawa pihak majlis akan mengadakan pertemuan dengan para penjaja Pasar Malam Sibu pada Jun ini.

“Saya berharap pihak majlis boleh mempertimb­ang cadangan ini dan berharap para penjaja akan bersetuju dengan cadangan kita.

“Bagaimanap­un, cadangan pemindahan Pasar Malam Sibu ini tertakluk dengan persetujua­n para penjaja dan pihak majlis,” katanya lagi.

Bagi melancarka­n lagi cadangan ini, beliau berkata, jawatankua­sanya akan melakukan kajian dengan lebih mendalam tentang perkara ini bagi mengambil kira pelbagai pandangan, faktor dan sebagainya berkenaan dengan pemindahan tersebut.

 ?? ?? AUGUSTINE
AUGUSTINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia