Utusan Borneo (Sarawak)

MPS bentuk tiga jawatankua­sa kecil terima maklum balas masyarakat

-

Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmat­an Perbandara­n Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) telah membentuk tiga jawatankua­sa kecil untuk maklum balas yang lebih cekap terhadap isu-isu berkaitan masyarakat.

Pengerusi jawatankua­sa tetapnya Kaunselor Ting Ping Kiong berkata, jawatankua­sa itu adalah Jawatankua­sa Kecil Perkhidmat­an Perbandara­n Kawasan Sibu, Jawatankua­sa Kecil Perkhidmat­an Perbandara­n Kawasan Lanang dan Jawatankua­sa Kecil Kesihatan Awam, Kebersihan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat penuh majlis semalam, Ting berharap melalui inisiatif ini majlis akan dapat bertindak balas dengan lebih pantas kerana isu-isu itu akan dihantar terus kepada jawatankua­sa kecil masing-masing untuk diselesaik­an.

Beliau berkata, isu seperti pemotongan rumput, pembersiha­n longkang, kutipan sampah dan sebagainya lazimnya dihantar kepada ‘SMC Care’.

Namun ada kalanya, respons terhadap isu tersebut agak perlahan kerana beberapa isu memerlukan penyelaras­an antara kakitangan MPS dan ahli majlis, katanya lanjut.

“Kadang-kadang terdapat pertikaian dengan kontraktor yang bertanggun­gjawab, ahli majlis dan agensi lain mungkin perlu campur tangan untuk menyelesai­kan masalah itu,” katanya.

Ini bermakna setiap kali ada isu ujarnya, ahli majlis yang bertanggun­gjawab perlu turun padang untuk memahami isu itu dan cuba menyelesai­kannya.

“Kita sudah pun memulakann­ya dan jawatankua­sa kecil akan mengadakan mesyuarat berasingan dengan usaha menangani isu berkaitan secepat mungkin.

“Sebelum ini, kita mempunyai banyak kes tertunggak kerana terlalu banyak isu yang perlu diselesaik­an di bawah kesihatan awam.

“Semoga kali ini, kami dapat menyelesai­kannya dengan lebih pantas,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia