Utusan Borneo (Sarawak)

MPS ingatkan pengusaha makanan patuhi SOP

Ia bagi memastikan kebersihan premis yang perlu diselengga­ra, kemas dan bebas haiwan peliharaan

- Oleh Watt Zacchaeus

Perkakas dan peralatan menghidang­kan mesti disediakan dengan air panas yang bersih untuk direndam dan dibersihka­n dengan ‘serviette’ yang disediakan mengikut keselesaan pelanggan.

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mengingatk­an semua pengusaha makanan dalam bidang pentadbira­nnya supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan memastikan kebersihan­nya.

Bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Penuh Majlis di sini semalam, Ahli Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmat­an Perbandara­n Kaunselor Joseph Lim Tiong Guan berkata, premis itu termasuk restoran, medan selera, kedai kopi, kantin dan gerai penjaja.

Menurutnya, berhubung premis makanan, premis hendaklah perlu diselengga­ra dalam keadaan baik, bersih, kemas dan bebas haiwan peliharaan sepanjang masa.

“Perkakas dan peralatan menghidang­kan mesti disediakan dengan air panas yang bersih untuk direndam dan dibersihka­n dengan ‘serviette’ yang disediakan mengikut keselesaan pelanggan.

“Meja dan kerusi untuk makan di dalam premis atau di ruang yang diluluskan mestilah dalam keadaan bersih dan teratur untuk kegunaan

Kaunselor Joseph Lim Tiong Guan Ahli Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmat­an Perbandara­n MPS

makan,” katanya.

Beliau juga berkata, tandas dan besen basuh tangan mesti ada dan dalam keadaan baik, bersih serta bebas daripada bau yang kurang enak sepanjang masa.

Beliau berkata, dapur dan besen basuh pinggan mangkuk mesti dipasang dengan penapis makanan atau perangkap gris dan dengan sistem saliran yang baik untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

“Sisa makanan dan sampah lain termasuk gris yang terperangk­ap

mesti dikumpul dan dibuang dengan betul di dalam tong sampah untuk diambil.

“Tiada sisa makanan dibungkus dalam beg plastik dan ditinggalk­an di manamana kawasan kaki lima, kawasan lapang dan tiada sisa makanan termasuk gris atau sisa minyak akan dilepaskan dan dibuang ke mana-mana longkang di bawah penyelengg­araan majlis.

“Semua minyak masak terpakai (UCO) hendaklah dikumpul dalam bekas

yang sesuai untuk dijual kepada pengumpul UCO atau dibuang sebagai sampah untuk dikumpul,” katanya sambil menambah penggunaan penyedut minuman plastik, pembungkus­an ‘styrofoam’ dilarang sama sekali.

Lim juga menegaskan bahawa tanda ‘Dilarang Merokok’ dan ‘Dilarang Membawa Haiwan Kesayangan’ mesti diletakkan di bahagian zon makan yang mudah dilihat di dalam premis.

“Semua pengusaha perniagaan makanan dan minuman mesti memohon lesen premis makanan daripada MPS bagi mematuhi Bahagian V Ordinan Perlindung­an Kesihatan Awam 1999, Seksyen 21.

“Mereka yang ingin memohon lesen tersebut boleh menghubung­i kaunter MPS di UTC atau Seksyen Kesihatan Awam di Aras 20, Wisma Sanyan. Borang permohonan juga boleh dimuat turun dari laman web MPS,” katanya.

Bagi pengendali makanan, beliau berkata mereka mesti menghadiri ‘Kursus Asas Pengendali Makanan’ dan telah dikeluarka­n dengan pensijilan sedemikian daripada badan yang diluluskan.

Beliau berkata adalah penting bagi pengendali makanan mengamalka­n kebersihan diri dengan memakai apron yang bersih, penutup kepala dan kasut yang betul.

Mereka juga katanya, digalakkan memakai topeng muka pada setiap masa dan tidak bercakap dengan orang lain atau merokok semasa menyediaka­n makanan.

Pengendali makanan dan pekerja mereka mesti menjalani pemeriksaa­n perubatan setiap tahun dan mesti diberi vaksin dengan vaksin tifoid.

“Majlis akan menjalanka­n pemeriksaa­n dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan keperluan di atas,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi MPS Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmat­an Perbandara­n Kaunselor Ting Ping Kiong dan Naib Pengerusin­ya Kaunselor Yiing Sy Huat.

 ?? ?? PERINGATAN: (Dari kiri) Izkandar, Ting, Lim dan Yiing menunjukka­n memo untuk mengingatk­an pengusaha makanan supaya mematuhi SOP dan memastikan kebersihan pada sidang media di Sibu, semalam.
PERINGATAN: (Dari kiri) Izkandar, Ting, Lim dan Yiing menunjukka­n memo untuk mengingatk­an pengusaha makanan supaya mematuhi SOP dan memastikan kebersihan pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia