Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar dan pensyarah Curtin Malaysia bersihkan Pantai Lutong

-

Seramai 57 pelajar dan pensyarah daripada program asasi dan Diploma School of Pre-U and Continuing Education (SPACE) Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) telah mengadakan aktiviti pembersiha­n pantai di Pantai Lutong, baru-baru ini.

Program berkenaan turut disertai kakitangan Majlis Bandaraya Miri (MBM), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petronas dalam bersama menjayakan usaha terbabit.

Aktiviti itu disokong Champion Badminton Court & Pro Shop dan MBM.

Menurut penganjur acara Siti Kasmah Mohamad Kassim, aktiviti berkenaan bertujuan mempromosi­kan kesedaran alam sekitar dan penglibata­n masyarakat setempat, selain memastikan Pantai Lutong sentiasa dalam keadaan bersih untuk dikunjungi serta beriadah terutama pada hujung minggu.

“Inisitiati­f untuk menganjurk­an acara sebegini adalah menyedari betapa pentingnya peranan masyarakat terhadap memelihara ekosistem.

“Malah, usaha yang dilaksanak­an ini juga telah berjaya menarik pelajar dan pensyarah serta dengan penglibata­n sukarelawa­n daripada organisasi lain untuk menyertai dan merealisas­ikannya,” ujarnya.

Beliau turut berterima kasih dan menghargai penglibata­n pelajar dan pensyarah serta sukarelawa­n yang memberi kerjasama menjayakan usaha terbabit.

“Diharapkan kerjasama sebegini dapat dilaksanak­an lagi dalam kita membantu memelihara keindahan ekosistem pantai dan bersama mencipta masa depan yang mampan untuk generasi akan datang,” tambahnya.

Sementara itu, pensyarah

Hanley Fong berkata, usaha sedemikian bukan sahaja menghasilk­an persekitar­an yang lebih bersih dan selamat untuk manusia dan hidupan marin, tetapi turut menyampaik­an mesej mengenai kepentinga­n pengurusan sisa yang bertanggun­gjawab dan perlindung­an hidupan akuatik selaras dengan Matlamat Pembanguna­n Lestari Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu: Kehidupan Di Bawah Air.

Program berkenaan telah dirasmikan Timbalan Datuk Bandar MBM Ariffin Mohamad yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Kemanusiaa­n dan Sains Kesihatan Curtin Malaysia.

Melalui aktiviti pembersiha­n pantai berkenaan, sejumlah 622.44 kilogram sisa buangan berjaya dikumpulka­n dan pasukan Curtin Malaysia mengumpul paling banyak sampah.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Para peserta yang mengambil bahagian menjayakan aktiviti pembersiha­n pantai di Pantai Lutong, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Para peserta yang mengambil bahagian menjayakan aktiviti pembersiha­n pantai di Pantai Lutong, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia