Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah tolak saman 12 individu hendak batalkan MA63

-

Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak saman sivil difailkan oleh 12 individu (plaintif) yang hendak membatalka­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai dalam keputusann­ya semalam antara lainnya berkata, kenyataan tuntutan plaintif tidak mendedahka­n sebab tindakan yang munasabah.

Menurutnya juga, ini bermakna tuntutan plaintif untuk mengisytih­arkan MA63 sebagai batal dan tidak sah serta Sabah dan Sarawak boleh keluar dari Malaysia adalah tidak dapat dikekalkan atau tanpa asas undang-undang.

“Perlembaga­an Persekutua­n adalah undangunda­ng tertinggi negara ini. Di bawah Perlembaga­an Persekutua­n, Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia.

“Sabah dan Sarawak tidak boleh (tidak) menjadi sebahagian daripada Malaysia, tanpa pindaan yang perlu kepada Perlembaga­an Persekutua­n; dan pindaan itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 2/3 majoriti Parlimen dan persetujua­n Sabah dan Sarawak.

“Mahkamah ini tidak boleh mengabaika­n atau menulis semula Perlembaga­an Persekutua­n, dan Mahkamah ini akan bersalah kerana melakukann­ya (atau) membenarka­n pengisytih­aran yang diminta dalam saman ini,” ujar Siew.

Beliau kemudian memerintah­kan Writ dan Pernyataan Tuntutan plaintif dibatalkan dengan kos RM10,000 bagi setiap permohonan (kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutua­n).

Terdahulu, 12 plaintif dalam kes ini yang diketuai Dorus Katam Juman@ Theodorus Katan melalui peguam mereka berhujah bahawa MA63 iaitu satu perjanjian antarabang­sa, telah dimeterai oleh Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, melalui penipuan.

Selain Dorus, 11 plaintif lain terdiri daripada Hugh Lawrence Zehnder, Nor Nyawai, Xavier Ginafah Sidop, Jemain Uji, Belayong Nyandang, Kalai Sibok, Yu Chin Lik, Chieng Kung Chiew, Changieng Mapang, Ahmad Awang Alim dan Alim@Giovanni Adlim Mideh.

Mereka menamakan kerajaan Malaysia, kerajaan UnitedKing­dom,dankerajaa­n negeri sebagai defendan. Kerajaan United Kingdom yang mempunyai imuniti berdaulat bagaimanap­un enggan tunduk kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.

Menurut mereka juga, perjanjian antara kerajaan United Kingdom dan Malaya itu dibuat tanpa mengambil kira suara rakyat dari keduadua koloni untuk memilih sama ada mereka mahu menyertai Malaysia melalui referendum.

Defendan pertama iaitu

kerajaan persekutua­n diwakili Peguam Kanan Persekutua­n (SFC) Shamsul Bolhassan, SFC Ahmad Hanir Hambaly, SFC Liew Horng Bin, Peguam Persekutua­n Athina Sim, SFC Mohd Zain Ibrahim dari Jabatan Peguam Negara Persekutua­n.

Sementara defendan ketiga (kerajaan Sarawak) diwakili peguam Dato Sri JC Fong, Nicholas Bowie Buyong, Khairul Kabir Abdul Kadir dari Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak.

Pihak plaintif diwakili peguam Voon Lee Shan, Alex Kong dan Peli Aron.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KOMEN: Voon bercakap kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuching selesai prosiding semalam.
— Gambar Chimon Upon KOMEN: Voon bercakap kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuching selesai prosiding semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia