Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja ceroboh, cabul dan aib kehormatan wanita dihantar ke Sekolah Henry Gurney

-

Mahkamah Majistret semalam memerintah­kan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo kerana melakukan penceroboh­an jenayah, mencabul wanita warganegar­a asing dan mengaibkan kehormatan empat wanita berbeza.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali, Majistret Zubaidah Sharkawi dan Majistret Zaiton Anuar memerintah­kan demikian terhadap pekerja kebun tersebut setelah meneliti laporan sosial tertuduh, selain memutuskan pesalah muda itu dihantar ke sekolah berkenaan sehingga berusia 21 tahun.

Terdahulu pada 19 April, tertuduh mengaku bersalah sebaik didakwa atas enam pertuduhan dan mahkamah menetapkan satu tarikh baharu untuk menjatuhka­n hukuman.

Bagi keempat-empat pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, tertuduhdi­dakwamenga­ibkan kehormatan empat mangsa berusia antara 20 hingga 35 tahun, dengan cara menunjukka­n kemaluanny­a kepada mereka.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya dalam empat kejadian berasingan yang berlaku sekitar jam 7.30 hingga 10.30 malam, pada Disember 2022, Mac dan April tahun ini di hadapan rumah mangsa di Taman Kong Tiong Jalan Stephen Yong, di hadapan rumah kedai di MJC Batu Kawa dan di hadapan sebuah pasar raya di Kota Sentosa.

Sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Selain itu, tertuduh turut mengaku bersalah apabila dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Tertuduh didakwa mencabul mangsa wanita warganegar­a asing dengan cara menyentuh bahagian sulit dan punggung mangsa dalam satu kejadian pada 8 April lalu, sekitar jam 7.30 malam sebuah rumah kedai di MJC Batu Kawa.

Sementara bagi pertuduhan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa melakukan penceroboh­an jenayah dengan memasuki rumah lelaki lain pada 6 Disember 2022, sekitar jam 10.30 malam di Taman Kong Tiong Jalan Stephen Yong di sini.

Sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum enam bulan, atau kedua-duanya.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh akan mengekori mangsa dan apabila tiba di sesuatu kawasan yang sunyi, dia akan mengambil kesempatan melakukan kelucahan melampau kepada mangsa.

Selain itu juga, tertuduh menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah didiami salah seorang mangsa dan seterusnya melakukan kelucahan melampau kepada mangsa.

Susulan itu, mangsa-mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan membawa kepada penangkapa­n tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalik­an secara berasingan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin dan Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia