Utusan Borneo (Sarawak)

Prasarana pengilanga­n, premis niaga rancak dibangun di Lundu

Ia bagi menyediaka­n ekosistem keusahawan­an lengkap, kondusif

- Oleh Jessica Jawing Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan kini sedang rancak membangunk­an infrastruk­tur pengilanga­n dan premis perniagaan di Lundu dalam usaha menyediaka­n persekitar­an kondusif kepada usahawan tempatan.

Menterinya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, infrastruk­tur pengilanga­n dan perniagaan yang lengkap dan kondusif amatpentin­gbagimemas­tikan kelangsung­an ekosistem keusahawan­an.

“Maka di Daerah Lundu ini, kementeria­n saya sedang membangunk­an kemudahan infrastruk­tur untuk pengilanga­n dan juga premis perniagaan untuk usahawan tempatan merancakka­n lagi aktiviti pengilanga­n dan perniagaan mereka.

“Antara projek tersebut ialah Estet Perindustr­ian Sematan Fasa 1 (dengan peruntukan RM8.5 juta), Anjung

Usahawan Sematan (dengan peruntukan RM9.3 juta), dan Anjung Usahawan Telok Melano (dengan peruntukan RM5 juta),” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalanny­a, Datuk Malcom Mussen Lamoh pada perasmian

Program Jum Regista Bisnes di Dewan Masyarakat Lundu di Lundu, semalam.

Timbalan Premier itu berkata, projek estet perindustr­ian ini akan menyediaka­n kawasan perindustr­ian yang dilengkapi dengan infrastruk­tur asas bagi tujuan aktiviti pengilanga­n.

Manakala premis Anjung Usahawan katanya, akan menyediaka­n ruang kepada pengusaha mikro dan kecil dan sederhana (PMKS) untuk memproses dan memasarkan produk-produk mereka di tempat yang lebih selesa, selamat, bersih dan terjamin.

Mengenai program Jum Regista, Awang Tengah berkata, pada tahun 2022, program itu telah diadakan di Bintulu, Serian, Sibu, Samarahan, Marudi, Kapit, Saratok dan Sarikei dengan seramai 1,129 usahawan telah didaftarka­n di lapan lokasi terbabit.

“Semenjak program ini diperkenal­kan oleh kementeria­n pada tahun 2020 seramai 2,529 usahawan telah dibantu dan berjaya mendaftark­an perniagaan mereka melalui program Jum Regista Bisnes.

“Pada tahun 2023 kita telah mengadakan program yang serupa di Miri dan seramai 181 orang peserta telah menghadiri program ini.

“Kita amat bersyukur kerana kerajaan Sarawak amat prihatin terhadap rakyat yang terkesan daripada pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau memaklumka­n selain bantuan daripada kerajaan persekutua­n, kerajaan Sarawak juga telah menyediaka­n peruntukan lebih daripada RM6.7 bilion di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 sehingga BKSS 9.0.

“Semua pakej ini bertujuan untuk membantu rakyat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas dari segi kewangan dan bukan kewangan,” katanya.

Awang Tengah berkata, golongan PKS memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan, menambah pendapatan serta menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

Katanya, di Malaysia, PKS termasuk perusahaan mikro, penjaja serta peniaga kecil dan kumpulan B40 mewakili 97.4 peratus daripada keseluruha­n komuniti perniagaan.

Maka di Daerah Lundu ini, kementeria­n saya sedang membangunk­an kemudahan infrastruk­tur untuk pengilanga­n dan juga premis perniagaan untuk usahawan tempatan merancakka­n lagi aktiviti pengilanga­n dan perniagaan mereka.

 ?? ?? SERAH: Mussen (tiga kiri) menyerahka­n cek cura kepada penerima pada Program Jum Regista Bisnes di Dewan Masyarakat Lundu semalam. Turut kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan (dua kiri).
SERAH: Mussen (tiga kiri) menyerahka­n cek cura kepada penerima pada Program Jum Regista Bisnes di Dewan Masyarakat Lundu semalam. Turut kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia