Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga program utama sambut 60 Tahun Sarawak Merdeka di Miri

Konvoi Kembara, Pameran Digital dan program-program bahagian

- Oleh Connie Sylvia Mesa Jamalie Busri Residen Bahagian Miri

MIRI: Tiga program utama akan diadakan sepanjang sambutan perayaan 60 tahun Sarawak Merdeka Bahagian Miri yang berlangsun­g pada 29 Mei hingga 11 Jun ini.

Residen Bahagian Miri Jamalie Busri berkata, tiga program utama itu ialah Konvoi Kembara, Pameran Digital dan program-program bahagian.

Konvoi Kembara Bahagian Miri akan diadakan di semua daerah bahagian Miri iaitu Konvoi Kembara Daerah Miri pada 4 Jun, Konvoi Kembara Daerah Subis pada 5 Jun, Konvoi Kembara Daerah Beluru serta Daerah Telang Usan pada 6 Jun dan Konvoi Kembara Daerah Marudi pada 7 Jun.

Setiap konvoi berkenaan masing-masing akan bermula di pekarangan Kompleks Islam Sarawak Miri.

“Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin akan menyambut ketibaan Konvoi Kembara Bahagian Limbang ke Bahagian Miri pada 29 Mei ini.

“Simbolik pelepasan untuk Konvoi Kembara Merdeka akan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Lawas pada 28 Mei, manakala selesai program Konvoi Kembara Bahagian Miri, mereka akan bertolak ke Bahagian Bintulu pula,” jelasnya ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengelola bagi Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Miri di sini, semalam.

Mesyuarat terbabit diadakan sebagai persiapan akhir setiap agensi yang terlibat menjayakan sambutan berkenaan.

Menurut Jamalie, seramai 60 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari kelabkelab permotoran sekitar Miri dan pasukan konvoi bahagian akan menyertai konvoi kembara dari Miri ke Bintulu pada 10 Jun bermula di Stadium Bandaraya Miri.

“Selain meningkatk­an semangat patriotism­e dan menzahirka­n cinta terhadap tanah air dalam kalangan rakyat berbilang kaum, secara langsung kita turut memperkena­lkan lokasi tarikan pelancong dan produk tempatan di lokasi yang dikunjungi.

“Konvoi Kembara yang bertolak dari Miri ke Bintulu terbabit akan singgah di Pantai Bungai bagi menghadiri program bersama komuniti

daerah Subis dan seterusnya singgah di Nyalau sebelum meneruskan perjalanan ke bahagian Bintulu,” katanya.

Bagi Program Digital pula, Premier Sarawak dijangka merasmikan­nya pada 10 Jun di Stadium Tertutup Miri.

Manakala Program Bahagian yang melibatkan Pertanding­an Dart, Majlis Malam Kebudayaan, Pertanding­an Bola Sepak, gerai jualan dan usahawan, pameran Askar Wataniah, Pameran Kesihatan serta Program Sarawak X-tive Bahagian Miri juga berlangsun­g selama tiga hari iaitu 9 hingga 11 Jun.

Justeru, orang ramai khususnya warga Miri dipelawa bagi bersama memeriahka­n sepanjang sambutan perayaan ini.

Hadir sama pada mesyuarat terbabit ialah Pegawai Daerah Miri Siti Rohani Yusof, Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis,serta wakil-wakil jabatan dan agensi.

Selain meningkatk­an semangat patriotism­e dan menzahirka­n cinta terhadap tanah air dalam kalangan rakyat berbilang kaum, secara langsung kita turut memperkena­lkan lokasi tarikan pelancong dan produk tempatan di lokasi yang dikunjungi.

 ?? ?? RANCANG: Jamalie (duduk depan) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengelola bagi Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Miri, semalam.
RANCANG: Jamalie (duduk depan) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengelola bagi Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia