Utusan Borneo (Sarawak)

Run for Peace bakal kembali pada 9 Julai selepas dua tahun menyepi

-

Run for Peace (RFP), acara larian bukan kompetitif anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM), kini kembali selepas tiga tahun menyepi berikutan pandemik COVID-19.

Setiausaha SGM Cawangan Sarawak Linda Lam berkata, jarak larian tersebut adalah berbeza mengikut lokasi larian masing-masing iaitu di 5km bagi larian di Kuching, manakala di Miri sejauh 7km dan Sibu 5.4km.

Beliau berkata, larian di Kuching akan diadakan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 2 Julai, Coco Cabana Miri dan Stadium Tertutup Sibu masingmasi­ng pada 9 Julai.

“Pendaftara­n dibuka sehingga 31 Mei. Kita menyasarka­n 5,000 peserta untuk Kuching dan 2,000 peserta masing-masing untuk larian di Sibu dan Miri,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau menambah, kirakira 70,000 individu akan menyertai Run for Peace 2023 anjuran SGM di 23 lokasi di seluruh negara.

Ia menurutnya, selari dengan tujuan mempromosi­kan budaya keamanan dan keharmonia­n dalam masyarakat serta menyokong inisiatif kelestaria­n planet seperti yang digariskan dalam Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tambah beliau, RFP ialah acara dwitahunan yang dianjurkan oleh SGM sejak tahun 2005 dan sehingga kini, lebih daripada 360,000 pencinta keamanan telah meyertai acara larian kebangsaan itu.

“Objektif utama Run for Peace adalah untuk mempromosi­kan idea bahawa ‘Keamanan bermula dengan saya!’ yang menekankan perubahan positif bermula daripada setiap individu.

“Idea ini diharapkan dapat mengingatk­an setiap peserta bahawa tindakan mereka boleh menyumbang kepada kewujudan keharmonia­n dan keamanan dalam komuniti, masyarakat, negara serta dunia mereka secara keseluruha­n,” katanya lagi.

Di samping itu katanya, RFP dilham oleh falsafah dan cita-cita Presiden Soka Gakkai Internasio­nal (SGI) Daisaku Ikeda, yang telah mengemukak­an cadangan keamanan tahunan kepada PBB sejak 1983.

“Pada tahun 1957, mentornya, Josei Toda, menyeru golongan belia untuk berusaha ke arah menghapusk­an senjata nuklear daripada dunia. Detik ini menandakan permulaan gerakan damai SGI.

“Sementara kita meneruskan usaha untuk dunia tanpa senjata nuklear, Run For Peace tahun ini menyaksika­n peralihan ke arah penggunaan tema keamanan yang lebih luas, iaitu kemampanan planet yang berpanduka­n SDG,” jelas beliau.

Beliau menegaskan sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan dan melindungi planet ini untuk generasi akan datang.

Daripada mengurangk­an sisa kepada menyokong acara mesra alam tempatan, setiap langkah kecil yang diambil boleh membuat perubahan yang besar, ujarnya.

Hadir sama Pengerusi SGM Cawangan Sarawak Fang Chai Hong.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, layari: www.runforpeac­e.com.my, www.facebook.com/runforpeac­e.official atau www. instagram.com/runforpeac­e. official/.

 ?? ?? JOM JAYAKAN: Lam (dua kanan), Fang (tengah) bergambar dengan baju-T larian dan maklumat bersama ahli jawatankua­sa.
JOM JAYAKAN: Lam (dua kanan), Fang (tengah) bergambar dengan baju-T larian dan maklumat bersama ahli jawatankua­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia