Utusan Borneo (Sarawak)

KPDN Miri sumbangkan 150 bakul makanan kepada ILP Miri

-

Sebanyak 150 bakul makanan telah disumbangk­an Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri kepada para pelajar di Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri di bawah Program Food Bank Siswa.

Sumbangan itu telah diserahkan Ketua Cawangan KPDN Miri Joe Azmi Jamil kepada para penerima pada majlis yang diadakan di ILP Miri di sini, pagi semalam.

Menurut Joe Azmi, program ini salah satu inisiatif dalam usaha membantu para siswa dan siswi daripada golongan berpendapa­tan rendah (B40) yang kurang berkemampu­an untuk mendapatka­n barangan keperluan harian.

“Sumbangan ini bertujuan untuk mengurangk­an beban pelajar terutama dari golongan kurang berkemampu­an dalam menangani kos sara hidup yang kian meningkat agar mereka dapat fokus kepada pelajaran.

“Manakala bakul makanan ini mengandung­i pelbagai jenis makanan kering, air minuman dan juga minyak masak,” katanya.

Sehubungan itu, Joe Azmi menyampaik­an penghargaa­n kepada para penyumbang yang terdiri daripada Fancy Pacific Sdn Bhd, Hong Huat General Supplier & Contractor, Lapok; Pioneer Trading Sdn Bhd, Nam Leong Supermarke­t, Sri Sebanyak Edible Oils Sdn Bhd, MTC Transport Company dan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Petronas Miri.

“Rakan strategik ini telah sama-sama bersetuju untuk terlibat di dalam program anjuran pihak kementeria­n (KPDN) untuk membantu golongan yang kurang berkemampu­an,” ujar beliau lanjut.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah ILP Miri Mustal Mahmud dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Mohamad Sayono Sunarti.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Joe Azmi (berdiri, enam kanan) dan Mustal (kanan Joe Azmi) serta para pegawai KPDN Miri dan ILP Miri bergambar bersama para penerima sumbangan Program Food Bank Siswa, pagi semalam.
TERIMA KASIH: Joe Azmi (berdiri, enam kanan) dan Mustal (kanan Joe Azmi) serta para pegawai KPDN Miri dan ILP Miri bergambar bersama para penerima sumbangan Program Food Bank Siswa, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia