Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti USCI meterai MoU dengan Jaipuria School of Business dan NOMS Fochun Founders

-

Fakulti Hospitalit­i dan Pengurusan Pelanconga­n, Universiti UCSI Kampus Sarawak menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Jaipuria School of Business (India) dan NOMS Fochun Founders Sdn Bhd, semalam.

MoU dengan Jaipuria School of Bussiness ini adalah untuk kerjasama akademik antara kedua-dua institusi, manakala MoU dengan NOMS Fochun Founders adalah bagi kerjasama penempatan latihan.

Majlis menandatan­gani MoU berlangsun­g di Hotel UCSI di sini disaksikan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting.

Ting pada majlis itu mengucapka­n tahniah kepada semua pihak dan percaya pemeteraia­n MoU terbabit akan menetapkan laluan untuk memulakan pelbagai usaha akademik termasuk Program Penyerapan Antarabang­sa, pertukaran kakitangan dan pelajar serta penyelidik­an dan penerbitan bersama rakan akademik dari India.

Ting menambah kolaborati­f dalam penempatan latihan dengan rakan industri adalah langkah penting untuk melengkapk­an pelajar dengan pengetahua­n dan kemahiran yang sesuai seperti yang dituntut di negeri ini.

Bercakap mengenai majlis tersebut, Pro Naib Canselor Universiti UCSI Kampus Sarawak Mukvinder Kaur Sandhu berkata, MoU itu menandakan

komitmen bersama mereka untuk mewujudkan ekosistem pendidikan yang memberikan hasil yang luar biasa kepada pelajar yang dituntut oleh industri masa kini.

Hadir sama Dekan Fakulti Hospitalit­i dan Pengurusan Pelanconga­n Prof Madya Christophe­r Wan Sageng, Ketua Pengarah Jaipuria School of Business, India Dr Rajiv R Thakur, Pengarah

NOMS Malaysia Kelvin Chong dan Ardeles Phua serta yang lain.

Dalam pada itu Business Events Sarawak (BESarawak) diumumkan sebagai penaja rasmi Program Penyerapan Antarabang­sa untuk 150 delegasi dari Jaipuria School of Business, India.

Universiti USCI juga bertuah kerana mendapat tajaan teh susu tiga lapis Sarawak daripada Greenleaf.

 ?? ?? MENGORAK LANGKAH: Ting (berdiri belakang lima kiri) merakamkan kenangan bersama delegasi dari Jaipuria School of Business, India serta wakil Universiti USCI Kampus Sarawak, NOMS Malaysia dan lain-lain yang terlibat dalam MoU tersebut.
MENGORAK LANGKAH: Ting (berdiri belakang lima kiri) merakamkan kenangan bersama delegasi dari Jaipuria School of Business, India serta wakil Universiti USCI Kampus Sarawak, NOMS Malaysia dan lain-lain yang terlibat dalam MoU tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia