Utusan Borneo (Sarawak)

MARDI temui varieti baharu periuk kera

-

KUMPULAN saintis Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menemui satu varieti baharu periuk kera atau nepenthes rafflesian­a di Taman Negeri Rompin, Pahang dan Setiu Wetlands, Terengganu kirakira dua bulan lepas.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata varieti terbaharu di Malaysia dan dunia itu, yang mempunyai bentuk seakan-akan telinga serta berwarna hijau kekuningan hingga hijau kemerahan, manakala periuk atasnya mempunyai bentuk silinder lebih kecil, dinamakan zabawiana.

Beliau berkata varieti terbaharu itu belum berdaftar atau diterbitka­n dalam mana-mana dokumentas­i, jurnal atau laporan yang telah ditentusah­kan oleh pakar botani Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Emeritus Datuk Dr Abdul Latiff Mohamad.

Mohamad Zabawi dalam sidang media selepas Sambutan Hari Biodiversi­ti Sedunia Peringkat MARDI di Serdang, kelmarin, berkata varieti baharu itu mampu tumbuh subur di kawasan tanah rendah, tahan lasak dan mudah dibiakkan menggunaka­n keratan batang serta berpotensi dikomersia­lkan sebagai tanaman hiasan.

“MARDIakanm­enjalankan penyelidik­an lanjut mengenai enzim yang terdapat di bahagian bawah struktur periuk dan enzim berkenaan khusus untuk mencerna makanan atau serangga yang masuk ke dalam periuk itu.

“Mungkin kita boleh kaji potensi kegunaan enzim periuk kera untuk tujuan perubatan dan pertanian,” katanya.

Menyatakan di Malaysia setakat ini terdapat 14 spesies periuk kera, beliau berkata periuk kera atau nama saintifikn­ya nepenthes ialah antara tumbuhan karnivor di Malaysia dan menjadi khazanah negara yang unik serta perlu dipelihara.

Pada majlis tersebut, Mohamad

Zabawi mengumumka­n MARDI memperoleh tiga pingat emas dan satu perak dalam pertanding­an di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2023 pada Mac lepas, serta membawa pulang Anugerah Khas oleh Chinese Innovation and Invention Society, Taiwan menerusi inovasi Ayam Saga dan Formulasi Makanan Ayam Menggunaka­n Bahan Asas Tempatan.

MARDI turut membawa pulang tujuh pingat emas dan tiga perak dalam pertanding­an Pameran Penciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabang­sa (ITEX) 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bulan lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MELAWAT: Mohamad Zabawi (tengah) ketika melawat ruang pameran pada Majlis Sambutan Hari Biodiversi­ti Peringkat MARDI 2023 di Ibu Pejabat MARDI, Serdang, kelmarin.
— Gambar Bernama MELAWAT: Mohamad Zabawi (tengah) ketika melawat ruang pameran pada Majlis Sambutan Hari Biodiversi­ti Peringkat MARDI 2023 di Ibu Pejabat MARDI, Serdang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia