Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti ekstrem di Gua Damai uji kekuatan mental dan fizikal

- Oleh Balkish Awang

CUKUP mencabar dan lelah, ditambah pula peluh yang mencurah-curah.

Itu baru pendakian di sepanjang Bukit Lembah Damai, Batu Caves (Selangor), belum lagi aktiviti meneroka beberapa buah gua yang terletak di Taman Ekstrem Gua Damai dalam keadaan gelap, yang menuntut kekuatan mental dan fizikal memandangk­an sudah puluhan tahun penulis tidak melakukan aktiviti lasak sedemikian.

Inilah pengalaman paling mencabar sewaktu menyertai Program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) di Selangor dan Negeri Sembilan barubaru ini.

Program empat hari dari 8 hingga 11 Mei itu bertujuan menikmati keindahan serta landskap pelanconga­n yang terdapat di kedua-dua negeri berkenaan.

CABARAN BERMULA

Pada hari pertama program, penulis beserta 21 pengamal media yang lain dibawa ke Gamuda Cove, Banting, Selangor dan berpeluang melawat ke tempat menarik antaranya Paya Indah Discovery Wetlands, Goosebumps Rope Course, Cove Aerobar serta Taman Tema Air SplashMani­a.

Cabaran sebenar kami bermula pada hari kedua ketika tiba di Gua Damai Extreme Park.

Berkeluasa­n kira-kira dua hektar dengan ketinggian mencecah 100 meter, lokasi ini mempunyai lima gua di dalamnya iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree.

Bagaimanap­un, hanya empat gua dibuka kepada umum sementara Gua Kristal hanya dibuka kepada pengkaji serta pelajar untuk menjalanka­n kajian.

Sebelum pendakian bermula, pihak media terlebih dahulu menyaksika­n aktiviti payung terjun oleh penerjun profesiona­l, Akmal Jamal Hassan.

Pendakian penulis dan rakan-rakan yang bermula sekitar jam 10 pagi di Lembah Damai ditemani beberapa petugas Wira Adventure Consultant yang bertanggun­gjawab memastikan pendakian kami berjalan lancar.

Sepanjang pendakian di dalam hutan itu, kami diperkenal­kan oleh petugas dengan beberapa tumbuhan dan herba yang terdapat di kawasan sekitar, antaranya, tongkat ali hitam (Polyalthia Bullata), ubi gadong (Dioscorea Hispida), sehelai setahun (Monophylla­ea Glauca), derhaka mertua (Plumbago Indica), ubi kekek (Amorphopha­llus Paeoniifol­ius) serta akar patawali (Tinospora Crispa).

KEKUATAN FIZIKAL

Laluan semasa di dalam hutan memerlukan kekuatan fizikal kerana kami perlu memanjat, kemudian turun dan naik semula di samping di kiri dan kanan trek laluan dipenuhi pokok dan belukar.

Ada ketikanya penulis perlu menunduk kerana dihalang ranting pokok dan supaya peserta tidak terjatuh, tali disediakan bagi memudahkan perjalanan.

Lebih mencabar, penulis terpaksa menggelong­sor untuk turun kerana laluan yang basah dan licin serta bimbang terjatuh jika terus menuruni bukit dengan berjalan.

Pendakian di Lembah Damai yang mengambil masa kira-kira satu jam lebih itu membuatkan kasut kami disaluti selut tanah selain pakaian juga turut kotor berlumpur.

Walaupunbe­rasapenatd­engan aktiviti mencabar ini, namun sikap saling menyokong dan kerjasama antara satu sama lain membuatkan semua peserta akhirnya berjaya tiba di permukaan gua.

Bagi penulis yang bertubuh kecil, rasa gementar mula menyelubun­gi diri sebaik kaki melangkah masuk ke dalam gua untuk turun ke bawah berikutan keadaan gua yang curam dan gelap gelita.

Episod pendakian kami diteruskan dengan memasuki Gua Fig Tree dengan setiap peserta lengkap mengenakan peralatan keselamata­n seperti topi, abah-abah serta lampu suluh kepala.

Usai menuruni Gua Fig Tree, kami menyusuri pula gua yang pertama di dalamnya dikenali sebagai Gua Batik kerana teksturnya yang menyerupai batik, yang terletak di sebelah kiri.

Semasa aktiviti itu sekali lagi, rasa gementar penulis berulang kerana perlu memijak tangga besi dan diselangse­li dengan batu gua untuk sampai ke bawah.

Semasa menuruni gua itu, pemandanga­n sebelah kiri penulis adalah Gua Batik manakala di sebelah kanan pula panorama Gua Langsir yang amat memukau.

Perjalanan turun ke bawah mengambil masa kira-kira 45 minit menjadikan keseluruha­n penerokaan di Gua Damai ini lebih kurang dua jam.

Penat lelah semasa menuruni gua hilang apabila kami semua dijamu dengan nasi upah-upah iaitu makanan tradisiona­l etnik Mandailing. Nasi dihidangka­n di dalam dulang dengan lauk antaranya ayam masak berkuah dan udang. Meskipun menyelerak­an namun penulis lebih banyak minum kerana terlalu dahaga.

MINAT SUKAN LASAK

Menurut Pengasas yang juga Pengurus Taman Ekstrem Gua Damai Mustapha Al-Bakri yang menetap di Kampung Wira Damai, beliau mula meneroka gua itu selepas mendapati ia mempunyai tarikan pelanconga­n serta berpotensi dibangunka­n untuk aktiviti sukan lasak.

Bermula pada tahun 1997 dengan modal sendiri sebanyak RM100,000 dan ketika masih bekerja sebagai tukang rumah, setiap hari selepas tamat kerja pada waktu petang Mustapha akan ke gua itu untuk membersihk­an batu di sekitar gua serta membuat laluan bagi aktiviti pendakian dalam hutan dengan dibantu kumpulan belia kampung kawasannya.

“Gua Damai mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 1998 semasa itu pendaki masih sedikit. Apa yang membuatkan saya ingin bangunkan tempat ini selain depan rumah sahaja, ia kerana minat mendalam terhadap aktiviti sukan lasak serta membolehka­n pengunjung menikmati perkara sama,” katanya kepada pemberita sewaktu ditemui pada program itu.

Mustapha yang kemudian berkhidmat sebagai Jurulatih Rekreasi Tahap 3, bersama Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia sehingga kini berkata, tempat berkenaan disewa dengan Majlis Perbandara­n Selayang sebanyak RM700 sebulan.

Beliau bagaimanap­un menzahirka­n rasa sedikit kecewa apabila masih terdapat penduduk sekitar yang tidak mengetahui akan kewujudan Sukan Ekstrem Gua Damai biarpun sudah lebih 25 tahun beroperasi.

“Penduduk terdekat seperti Kampung Nakhoda, Selayang, Kampung Laksamana serta Sri Gombak ramai yang tidak tahu. Mereka lalu sahaja tetapi mereka tidak tahu di gua ini boleh dilakukan aktiviti menarik bersama keluarga

serta rakan-rakan.

“Saya harap lebih ramai pelancong tempatan tidak kira dari Selangor serta seluruh Malaysia untuk datang melawat Gua Damai kerana destinasi ini adalah hub sukan ektstrem. Pengunjung tidak perlu pergi jauh selain lokasinya berdekatan dengan Kuala Lumpur,” katanya menambah kurangnya publisiti serta promosi mengenai Gua Damai serta papan tanda yang kecil membuatkan ramai tidak menyedari keunikan gua tersebut.

PILIHAN PENERJUN BASE ANTARABANG­SA

Meskipun kurang dikenali masyarakat tempatan, Mustapha berkata, Gua Damai adalah lokasi pilihan penerjun antarabang­sa BASE Jump yang saban tahun datang untuk melakukan aksi terjunan mereka.

Sehingga kini, ribuan penerjun profesiona­l pelbagai negara melakukan aksi sukan payung terjun BASE di gua berkenaan, antaranya, penerjun dari Mexico. Perancis, Jepun, Australia, USA, United Kingdom, Rusia, Itali, Portugal, Indonesia, Austria serta India.

“Penerjun antarabang­sa memang gemar datang ke sini untuk melakukan aksi terjunan mereka sebelum mereka ke destinasi seterusnya iaitu di Menara Kuala Lumpur untuk

beraksi di atas menara pula,” katanya.

“Program Gua Damai Internatio­nal Base Jump diadakan 14 tahun berturuttu­rut. Cuma ketika pandemik COVID-19 sahaja program ini terpaksa dihentikan dan kita akan buat semula selepas ini,” katanya yang mahir mengendali­kan aktiviti melibatkan tali dan telah menjelajah seluruh gua di Malaysia.

Di Gua Damai, Mustapha berkata, pelbagai aktiviti ektstrem boleh dilakukan seperti rock climbing, abseiling, aktiviti sukan payun terjun BASE, flying fox, mendaki bukit dan menerokai gua.

Menurut beliau, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sejak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lagi, antara pemimpin yang sering ke Gua Damai untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak sehingga kini.

Gua Damai diiktiraf sebagai lokasi Geopark Kebangsaan di bawah Program Pembanguna­n Geopark Malaysia oleh kerajaan negeri bagi tujuan menghargai warisan geologi serta geotapak bertaraf antarabang­sa sekali gus menjadikan­nya satu tarikan pelanconga­n di Batu Caves.

Sejak lima tahun lepas kerajaan negeri Selangor turut mengadakan Karnival Sukan Ekstrem bagi memupuk minat orang ramai terhadap sukan lasak.

“Karnival ini bertujuan mendedahka­n umum berhubung aktiviti lasak. Jumlah pengunjung meningkat setiap tahun. Hanya dengan bayaran RM5 berbanding RM100 harga asal, pengunjung boleh mencuba pelbagai aktiviti yang ada di sini,” katanya dengan menambah, pada tahun ini karnival dijangka diadakan pada bulan September.

Mustapha berkata, karnival itu turut mendapat penyertaan memberangs­angkan dalam kalangan kanak-kanak dengan mencatatka­n kutipan pulangan paling banyak.

Sementara itu berkongsi pengalaman, wartawan Majalah Gaya Travel Ameen Nur Hadee Ishak menyifatka­n pendakian di Gua Damai satu pendakian yang paling sukar pernah dilakukan.

“Saya pernah mendaki beberapa gua antaranya Gua Tapadung di Lahad Datu, Sabah dan juga Via Ferrata di Gua Musang, Kelantan. Keduaduany­a mencabar, tetapi Gua Damai lebih ekstrem.

“Ini kerana di Gua Damai trek laluannya lebih licin dan perlu panjat menggunaka­n tali. Biarpun sukar segala kepenatan terlerai saat berada di dalam Gua Damai. Saya sangat terpegun dengan stalagmit dan stalaktit yang sangat cantik walaupun perlu berhati-hati. Apa pun saya tetap seronok,” katanya. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? MULAKAN PENDAKIAN: Pendakian bermula sekitar pukul 10 pagi di Lembah Damai ditemani beberapa petugas Wira Adventure Consultant yang bertanggun­gjawab memastikan pendakian berjalan lancar di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MULAKAN PENDAKIAN: Pendakian bermula sekitar pukul 10 pagi di Lembah Damai ditemani beberapa petugas Wira Adventure Consultant yang bertanggun­gjawab memastikan pendakian berjalan lancar di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Seramai 21 pengamal media sebelum memulakan pendakian Bukit Lembah Damai, Batu Caves sewaktu menyertai Program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) di Selangor dan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Seramai 21 pengamal media sebelum memulakan pendakian Bukit Lembah Damai, Batu Caves sewaktu menyertai Program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) di Selangor dan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENYUSURI GUA: Peserta-peserta menyusuri Gua Batik ketika Program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) di Selangor dan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MENYUSURI GUA: Peserta-peserta menyusuri Gua Batik ketika Program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) di Selangor dan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINGGI: Gua Damai Extreme Park yang berkeluasa­n kira-kira dua hektar dengan ketinggian mencecah 100 meter, mempunyai lima gua di dalamnya iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TINGGI: Gua Damai Extreme Park yang berkeluasa­n kira-kira dua hektar dengan ketinggian mencecah 100 meter, mempunyai lima gua di dalamnya iaitu Gua Kristal, Gua Anjing, Gua Chili Padi, Gua Ichibawa dan Gua Fig Tree, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENERJUN PROFESIONA­L: Aksi aktiviti payung terjun oleh penerjun profesiona­l, Akmal Jamal Hassan berlatarbe­lakangkan Bukit Lembah Damai, Batu Caves di Selangor dan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PENERJUN PROFESIONA­L: Aksi aktiviti payung terjun oleh penerjun profesiona­l, Akmal Jamal Hassan berlatarbe­lakangkan Bukit Lembah Damai, Batu Caves di Selangor dan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENIKMATI KEINDAHAN: Program empat hari dari 8 hingga 11 Mei itu bertujuan menikmati keindahan serta landskap pelanconga­n yang terdapat di kedua-dua negeri berkenaan, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MENIKMATI KEINDAHAN: Program empat hari dari 8 hingga 11 Mei itu bertujuan menikmati keindahan serta landskap pelanconga­n yang terdapat di kedua-dua negeri berkenaan, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia