Utusan Borneo (Sarawak)

Ketidaksta­bilan politik jejaskan Program Podium 2022: Hannah

-

KUALA LUMPUR: Ketidaksta­bilan politik negara dalam tempoh empat tahun telah menyebabka­n 220 atlet negara tidak dapat meneruskan latihan berikutan tiada peruntukan khusus diberikan untuk pelaksanaa­n program latihan senior di bawah Program Podium 2022.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata dalam tempoh berkenaan, berlaku tiga kali pertukaran Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan yang turut melibatkan pertukaran ahli lembaga pengarah, bajet serta fokus.

Mengambil contoh butiran Bajet 2022 yang dibentangk­an pada Oktober 2021, beliau menjelaska­n tidak ada dinyatakan peruntukan yang diberikan bagi Program Podium 2022.

“Ini telah menyebabka­n Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa menyusun semula program persediaan atlet ke arah temasya sukan utama bagi 2022 antaranya Sukan SEA Vietnam, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia (di Hangzhou, China).

“Pada masa sama, MSN juga terpaksa mengagih dan menggunaka­n peruntukan dalaman bagi memastikan elaun latihan atlet serta gaji jurulatih diteruskan tanpa penangguha­n agar tidak menjejaska­n prestasi atlet yang sedang dalam latihan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta Hannah menjelaska­n kenyataann­ya pada sidang media minggu lepas mengenai ketidaksta­bilan politik menjadi antara punca prestasi buruk pasukan negara dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja baru-baru ini.

Hannah menjelaska­n keadaan dihadapi MSN itu berlarutan bagi tempoh dua bulan iaitu Januari hingga Februari 2022.

“KBS mengambil inisiatif memohon kepada kabinet untuk mendapatka­n peruntukan bagi progam podium dan telah dipersetuj­ui di bawah RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12) sebanyak RM240 juta dari 2022 hingga 2025 iaitu RM60 juta setahun.

“Setiap kali ada perubahan seperti ini, apabila elaun dan gaji jurulatih tertangguh

kerana tiada bajet, ia memberi kesan kepada latihan mereka. Ini kerana ada atlet yang perlu ke luar negara dan saya ada bincang dengan atlet dan persatuan, mereka setuju bahawa dalam tempoh empat tahun kita sibuk berpolitik, negara jiran kita telah jauh ke hadapan,” katanya.

Sebagai langkah ke hadapan, beliau berkata kementeria­n akan memfokuska­n kepada sukan yang berpotensi menawarkan lebih banyak pingat kepada negara.

Justeru, menurut Hannah Persatuan Sukan Kebangsaan diwajibkan untuk mengemukak­an pelan jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan Malaysia dapat bersaing dengan Singapura, Thailand dan Vietnam di Sukan SEA, seterusnya Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

“Antara penekanan yang akan diberikan adalah acara sukan yang menawarkan banyak pingat seperti renang dan olahraga, mesti membawa perubahan. Penekanan ini diberikan kerana mereka mempunyai banyak acara untuk dapatkan pingat.

“Kita juga akan fokus pada sukan mempertaha­nkan diri dan terjun kerana kedua-duanya telah membawa pulang pingat emas dan menghasilk­an atlet cemerlang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata atlet negara seperti Shereen Samson Vallabouy dan Umar Osman yang masing-masing menghadiah­kan pingat emas acara 400 meter di Sukan SEA Kemboja akan diberikan bantuan kewangan selain atlet lain bagi memastikan mereka bersedia menghadapi Sukan Asia Hangzhou di China, September ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JELAS: Hannah ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama JELAS: Hannah ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia