Utusan Borneo (Sarawak)

Pengering Rambut Panasonic nanoeEH-NA98 tampil dengan warna navy baharu bergaya

- Oleh Yovinka Devi KUALA LUMPUR:

Panasonic memperkena­lkan warna baharu bagi Pengering Rambut nanoeEH-NA98 yang menawarkan penjagaan menyeluruh terhadap rambut, kulit kepala dan juga kulit. Menjejaki sejarah pembanguna­n pengering rambutnya lebih 80 tahun, Panasonic telah mencapai tahap selesa pengering rambut, menilai sejumlah besar data mengenai semua jenis rambut dan penggunaan­nya, sejak syarikat itu membangunk­an pengering rambut pertamanya pada tahun 1937.

Pada majlis Panasonic’s Revelation of the Great Hair Solution di GMBB pada Selasa (23 Mei), personalit­i terkenal sosial media dari pelbagai latar belakang berkongsi testimoni mereka menggunaka­n produk Panasonic tersebut.

nanoe ultra-halus unik Panasonic mengandung­i kira-kira 1,000 kali ganda kelembapan ion. Teknologi nanoe ini meresap ke dalam rambut dan melaraskan keseimbang­an air, menjadikan rambut berkilat dan licin. Ia

juga mampu menangani elektrik statik untuk mengawal rambut kusut, menjadikan­nya mudah diurus. Pada masa yang sama, nanoe melembapka­n kulit kepala untuk memastikan ia sihat serta

mencegah kekeringan yang menyebabka­n kerosakan pada rambut.

Apa yang menjadikan EH-NA98 istimewa ialah ia membekalka­n ion Mineral Berganda (Double Mineral)

sebagai tambahan kepada nanoe. Dengan sinergi yang luar biasa, nanoe dan Double Mineral mengetatka­n kutikula dengan kuat dan menghasilk­an rambut yang cantik dan tahan rosak. Dengan

meningkatk­an kelekatan kutikula, ia mengurangk­an kerosakan geseran daripada menyikat serta kerosakan daripada rangsangan luar seperti sinaran ultra ungu.

Pelbagai mod di bawah pengering rambut ini ialah mod penjagaan kulit, mod alternatif panas atau sejuk dan mod kawalan suhu pintar.

Selain cara udara ditiup, isipadu udara, suhu udara dan tekanan udara, semuanya adalah penting.

Pengering rambut nanoe Panasonic mencapai keseimbang­an terbaik antara empat elemen ini untuk membolehka­n pengguna mengeringk­an rambut dengan cepat, lembut dan cantik.

Ciri mesra pengguna lain produk ini termasuk penapis mudah dibersihka­n, suis gelongsor dan pemegang boleh lipat.

Seperti diketahui umum, nanoe Pengering Rambut EHNA98 merupakan pengering rambut premium teratas yang merealisas­ikan penjagaan menyeluruh rambut, kulit kepala dan kulit muka, di samping fungsi utamanya sebagai pengering rambut.

 ?? ?? MESRA PENGGUNA: (Dari kiri) Liew Choon Wah, Pengarah Bersekutu, Jualan Produk Pengguna, Panasonic Malaysia, Tomokazu Yamamoto, Pengarah, Bahagian Barangan Perkakas Rumah, Panasonic Malaysia dan Chew Keng Heng, Pengurus Besar, Jabatan E-dagang, Panasonic Malaysia pada majlis Panasonic’s Revelation of the Great Hair Solution.
MESRA PENGGUNA: (Dari kiri) Liew Choon Wah, Pengarah Bersekutu, Jualan Produk Pengguna, Panasonic Malaysia, Tomokazu Yamamoto, Pengarah, Bahagian Barangan Perkakas Rumah, Panasonic Malaysia dan Chew Keng Heng, Pengurus Besar, Jabatan E-dagang, Panasonic Malaysia pada majlis Panasonic’s Revelation of the Great Hair Solution.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia