Utusan Borneo (Sarawak)

KIR miskin tegar berdaftar kurang dalam tempoh enam bulan lepas

Situasi pasaran buruh negara bertambah baik sejak fasa peralihan ke endemik

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat semalam dimaklumka­n bilangan ketua isi rumah (KIR) miskin tegar berdaftar telah berkurang daripada 124,744 kepada 118,217 KIR bagi tempoh 15 Disember 2022 hingga 15 Mei lepas.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib berkata menurut data dinamik eKasih seliaan Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n, Jabatan Perdana Menteri (JPM), KIR miskin berdaftar pula berkurang daripada 304,911 kepada 299,080 KIR dalam tempoh yang sama.

“Survei Pendapatan, Perbelanja­an Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) terkini yang diterbitka­n adalah untuk 2019 ... insiden kemiskinan mutlak ialah 5.6 peratus dan insiden kemiskinan tegar ialah 0.4 peratus.

“DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia) sedang memuktamad­kan dapatan HIES dan BA 2022 yang dijangka diterbitka­n pada suku ketiga 2023,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai kemajuan yang telah dicapai oleh kerajaan untuk mengurangk­an kadar kemiskinan dan menghapusk­an kemiskinan tegar sejak enam bulan lepas.

Hanifah Hajar berkata situasi pasaran buruh negara

juga bertambah baik sejak negara memasuki fasa peralihan ke endemik dengan kadar penganggur­an bagi Mac 2023 telah menurun kepada 3.5 peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020.

Katanya, pertumbuha­n ekonomi yang kukuh pada 2022 telah membantu menyokong pemulihan dalam pasaran buruh.

Beliau berkata kerajaan sedang melaksanak­an pelbagai intervensi untuk menstruktu­r ekonomi negara

dengan keperluan ekonomi rakyat berhubung menangani kemiskinan dan sebahagian daripada langkah membantu golongan miskin telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Bajet 2023.

Antara langkah yang diumumkan ialah Sumbangan Tunai Rahmah kepada hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion; bantuan pelbagai subsidi kepada pesawah dan pekebun kecil

dan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih dan Pakej Perpaduan Jalur Lebar.

Hanifah Hajar memberitah­u sejumlah 82,892 peserta telah berdaftar untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang menumpukan kepada pengupayaa­n golongan B40 bagi meningkatk­an potensi pendapatan secara mampan hingga 22 Mei lepas dan RM750 juta telah disediakan untuk 2023 bagi tujuan itu. — Bernama

“DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia) sedang memuktamad­kan dapatan HIES dan BA 2022 yang dijangka diterbitka­n pada suku ketiga ” 2023. Datuk Hanifah Hajar Taib Timbalan Menteri Ekonomi

 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Hanifah Hajar ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Hanifah Hajar ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia