Utusan Borneo (Sarawak)

Enam maut, 100 rumah musnah akibat banjir kilat di Afghanista­n

Arus deras turut membinasak­an 200 hektar tanah pertanian

- — AFP

HERAT: Enam orang terbunuh dan puluhan rumah dihanyutka­n banjir di tengah Afghanista­n, kata pihak berkuasa tempatan kelmarin.

Abdul Wahid Hamas, jurucakap gabenor Taliban di wilayah Ghor, berkata tiga wanita dan seorang kanakkanak maut apabila rumah mereka di bandar Firozkoh dihanyutka­n air pada Selasa.

Di daerah Pasaband, di wilayah yang sama, seorang lelaki dan seorang wanita turut dihanyutka­n arus deras dan kemudian ditemui mati, manakala seorang lagi masih hilang, kata Hamas.

Lebih 100 rumah dan kira-kira 200 hektar tanah pertanian musnah, dengan terusan yang digunakan untuk mengairi sawah sudah rosak, katanya.

“Kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kerugian kewangan buat masa ini,” kata Hamas.

Afghanista­n dicengkam oleh salah satu bencana kemanusiaa­n terburuk di dunia menurut agensi bantuan, dan penyelidik­an mencadangk­an bahawa negara itu sangat terdedah kepada kesan cuaca ekstrem yang disebabkan oleh perubahan iklim.

Sembilan daripada 10 keluarga Afghanista­n tidak mampu membeli makanan yang mencukupi, kata Program Makanan Dunia pada Mac.

Sejak kejatuhan kerajaan yang disokong Amerika Syarikat dan Taliban kembali berkuasa pada 2021, kemasukan bantuan

yang banyak telah terhenti – dengan negara-negara asing enggan berurusan dengan pemerintah baharu Kabul.

Pertubuhan bukan kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga dikenakan sekatan oleh kerajaan Taliban berhubung pengambila­n pekerja wanita

Afghanista­n untuk menjalanka­n kerja-kerja bantuan penting, dan pertubuhan dunia terbabit sukar mendapatka­n sumbangan wang tunai.

Wilayah Ghor juga telah mengalami kemarau yang berpanjang­an dalam beberapa tahun kebelakang­an ini.

 ?? — Gambar AFP ?? BERLUMPUR: Penduduk berjalan menerusi halaman sebuah rumah yang dilitupi lumpur selepas banjir kilat melanda kampung Madrasa di Firozkoh di Wilayah Ghor kelmarin.
— Gambar AFP BERLUMPUR: Penduduk berjalan menerusi halaman sebuah rumah yang dilitupi lumpur selepas banjir kilat melanda kampung Madrasa di Firozkoh di Wilayah Ghor kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia