Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Laut Sri Lanka temui 14 mayat dalam bot nelayan China yang karam

-

Tentera Laut Sri Lanka kelmarin menemui 14 mayat di dalam sebuah bot nelayan China yang karam minggu lalu dengan 39 kru di atas kapal.

Penemuan mengerikan itu berlaku sehari selepas siasatan awal kerajaan China menyimpulk­an bahawa tiada mangsa yang terselamat dalam kapal itu yang terbalik pada 16 Mei.

Lu Peng Yuan Yu 028 membawa 17 warga China, 17 Indonesia dan lima Filipina dan berada dalam kawasan mencari dan menyelamat yang luas di Australia, 5,000 kilometer barat Perth.

Kementeria­n Luar Filipina berkata bot itu dikesan pada 18 Mei kira-kira 1,000 kilometer di selatan Sri Lanka tetapi usaha menyelamat terhalang oleh cuaca buruk.

Tentera Laut Sri Lanka berkata penyelamny­a telah menemui dua mayat dan mengesan 12 lagi pada Selasa, mengeluark­an gambar yang menunjukka­n kapal dan mayat dibawa keluar dari air.

“Oleh kerana penguraian dan potensi bahaya kesihatan yang ditimbulka­n oleh operasi di perairan yang tercemar dengan peralatan perlindung­an yang terhad, pengambila­n mayat-mayat tersebut akan menjadi sangat berbahaya,” kata tentera laut dalam satu kenyataan.

Katanya, lokasi 12 mayat di dalam bot itu telah dipetakan dan diserahkan kepada pihak berkuasa China. Warganegar­a mangsa belum diketahui.

Kenyataan Tentera Laut Sri Lanka itu dikeluarka­n sehari selepas siasatan awal oleh Kementeria­n Pengangkut­an China membuat kesimpulan bahawa semua yang berada di dalam kapal itu telah meninggal dunia.

Australia telah menghantar tiga kapal terbang dan empat kapal untuk membantu dalam usaha mencari dan menyelamat antarabang­sa.

Pasukan penyelamat telah melintasi kawasan seluas kira-kira 64,000 kilometer persegi dan “tidak menemui sebarang tanda mangsa terselamat”, menurut kementeria­n pengangkut­an China.

Suar kecemasan kapal nelayan itu mula dikesan minggu lalu apabila Siklon Fabian membawa ombak setinggi tujuh meter dan angin sekuat 120 kilometer sejam di kawasan itu.

Cuaca buruk menghalang usaha menyelamat, dengan Pusat Penyelaras­an Menyelamat Bersama (JRCC) di Canberra memberi amaran mengenai keadaan hidup yang “mencabar”.

Kapal itu dimiliki oleh Syarikat Perikanan Penglai Jinglu, salah satu firma perikanan besar China.

Ia diberi kebenaran untuk menangkap sotong terbang neon dan sauri Pasifik, menurut Suruhanjay­a Perikanan Pasifik Utara.

 ?? — Gambar AFP ?? KARAM: Gambar serahan Tentera Laut Sri Lanka kelmarin menunjukka­n bot nelayan China, Lu Peng Yuan Yu 028, yang karam di Lautan Hindi.
— Gambar AFP KARAM: Gambar serahan Tentera Laut Sri Lanka kelmarin menunjukka­n bot nelayan China, Lu Peng Yuan Yu 028, yang karam di Lautan Hindi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia