Utusan Borneo (Sarawak)

Pengebom berani mati bunuh empat di pos pemeriksaa­n Pakistan

- — AFP

Seorang pengebom berani mati membunuh empat orang apabila dia meletupkan bom kereta di sebuah pondok polis di sebuah pasar di barat laut Pakistan kelmarin, menurut pegawai.

Pakistan sedang bergelut dengan peningkata­n militan sejak Taliban kembali berkuasa di negara jiran Afghanista­n, walaupun serangan terbaru ini belum dituntut oleh mana-mana kumpulan.

Pegawai polis tempatan, Rasool Daraz memberitah­u AFP bahawa dua askar, seorang anggota polis dan seorang warga awam terbunuh apabila pengebom meletupkan dirinya di Liaqat Bazar yang terletak di sub-divisyen Datta Khel di Waziristan Utara.

“Pengebom itu meletupkan kenderaann­ya ketika dia sedang digeledah di pos pemeriksaa­n,” katanya.

“Nampaknya pengebom itu mahu pergi ke destinasi lain tetapi meletupkan dirinya selepas dia dihentikan oleh polis untuk pemeriksaa­n rutin.”

Lima orang lagi cedera dalam letupan itu.

Pegawai polis kedua, Tariq Dawar, mengesahka­n kejadian itu dan angka kematian.

Pada Selasa, enam anggota keselamata­n terbunuh dalam operasi pengepunga­n militan di tapak penerokaan minyak dan gas milik Hungary yang terletak kira-kira 70 kilometer timur laut dari lokasi letupan kelmarin.

Serangan pada Selasa diakui oleh Taliban Pakistan, satu gerakan Afghanista­n yang berpecah pada 2007 untuk menumpukan perjuangan­nya menentang Islamabad.

Pada Isnin, pegawai berkata militan yang tidak dikenali telah meletupkan bahan letupan di dua sekolah perempuan yang kosong di Waziristan Utara, memusnahka­n sembilan bilik darjah tetapi tidak menyebabka­n kecederaan.

Waziristan Utara sebelum ini telah menjadi sarang militan dan menjadi sasaran serangan tentera Pakistan dan serangan dron Amerika Syarikat semasa pendudukan pasca-9/11 di Afghanista­n.

Taliban Pakistan atau dikenali sebagai Tehreeke-Taliban Pakistan (TTP) merupakan kumpulan paling aktif di rantau ini dan kebanyakan­nya menumpukan seranganny­a ke atas pasukan keselamata­n dan pihak asing yang dituduh melakukan eksploitas­i.

Sejak Taliban kembali ke Kabul pada Ogos 2021, Islamabad berkata pejuang TTP merancang serangan mereka dari Afghanista­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia