Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Australia usia 95 tahun maut direnjat dengan pistol taser

- — AFP

Seorang wanita berusia 95 tahun meninggal dunia kelmarin seminggu selepas direnjat dengan pistol taser oleh seorang pegawai polis Australia di rumah jagaannya, kata polis.

Clare Nowland berada dalam keadaan kritikal di hospital sejak direnjat dengan pistol taser pada 17 Mei dalam konfrontas­i yang mengejutka­n rakyat Australia dan menjadi tajuk utama antarabang­sa.

“Dengan penuh kesedihan kami mengesahka­n pemergian Clare Nowland, 95, di Cooma malam ini,” kata polis negeri New South Wales dalam satu kenyataan.

Dia meninggal dunia “dengan aman” di hospital dikeliling­i keluarga dan orang tersayang, kata mereka.

Nowland mempunyai 24 cucu dan 31 cicit, kata polis.

Beberapa jam sebelum itu, seorang konstabel kanan berusia 33 tahun didakwa bertindak melulu sehingga menyebabka­n kecederaan parah pada tubuh badan, serangan sehingga menyebabka­n kecederaan pada tubuh badan dan serangan biasa berhubung kejadian itu.

Anggota polis itu, yang telah digantung perkhidmat­an, akan dihadapkan ke mahkamah pada 5 Julai.

Pesuruhjay­a Polis, Karen Webb berkata keluarga Nowland telah dimaklumka­n mengenai “tuduhan serius” itu, dan mengucapka­n terima kasih kepada detektif kerana bekerja dengan cepat berikutan “kejadian teruk” tersebut.

Pegawai polis telah dipanggil ke rumah jagaan Yallambee Lodge di selatan New South Wales (NSW) oleh kakitangan yang memberitah­u mereka bahawa seorang wanita “bersenjata­kan pisau”.

Polis berkata mereka menggesa Nowland untuk menjatuhka­n pisau stik itu sebelum dia bergerak ke arah mereka “pada kadar perlahan” dengan bingkai berjalanny­a, menyebabka­n seorang pegawai melepaskan tembakan ke arahnya.

Insiden itu telah menimbulka­n gesaan untuk siasatan oleh parlimen New South Wales dan pengeluara­n video kamera badan polis mengenai konfrontas­i itu.

“Perenjatan Cik Nowland telah mencetuska­n kemarahan masyarakat yang menunjukka­n betapa terdesakny­a kita memerlukan pembaharua­n polis,” kata Ahli Parlimen Greens, Sue Higginson minggu ini.

“Keengganan untuk melepaskan rakaman kamera badan untuk melindungi Polis NSW daripada penelitian awam adalah salah – komuniti NSW mempunyai hak untuk mengetahui dengan tepat apa yang berlaku ketika Clare Nowland direnjat sehingga kita dapat mula mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk perubahan.”

Polis berkata mereka tidak merancang untuk mengeluark­an video rakaman kamera yang dipakai polis mengenai perenjatan itu.

“Kami tidak berhasrat untuk mengeluark­annya melainkan terdapat proses yang membolehka­n ia dipaparkan,” kata pesuruhjay­a polis negeri itu pada hujung minggu.

Webb berkata pada masa itu dia hanya mendengar audio dari rakaman itu: “Saya melihat ia sebenarnya perlu selepas saya benar-benar merenungka­nnya.”

Dia menambah bahawa polis mungkin perlu “lebih bersedia” untuk menangani pesakit demensia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia