Utusan Borneo (Sarawak)

Penampilan sulung LeFF di GSC CityONE Megamall dari 21-25 Jun ini

Penonton berpeluang menonton 15 filem Perancis daripada komedi dan ‘thriller’ kepada drama dan percintaan, selain banyak genre lain

- Oleh Hamkar Sarbinee

Le French Festival (LeFF) akan membuat penampilan sulung di GSC CityONE Megamall di sini bermula dari 21 hingga 25 Jun ini.

Penonton akan mempunyai banyak filem untuk ditonton dengan 15 filem Perancis yang mempersemb­ahkan barisan teater GSC, daripada komedi dan ‘thriller’ kepada drama dan percintaan, selain banyak genre lain.

Salah satu filem utama ialah adaptasi ‘The Three Musketeers’ oleh Alexandre Dumas, di mana ia salah satu kejayaan dalam kesusaster­aan Perancis berkonsepk­an novel jubah dan keris.

Penampilan filem ini selepas mendapat kejayaan tayangan di Perancis di mana tayangan Malaysia akan menjadi tayangan perdana filem Asia.

Bagi golongan muda, LeFF pada bahagian kanak-kanak bagi festival yang dilancarka­n pada 2022 akan berlangsun­g di Alliance Francaise di Kuala Lumpur dan Perpustaka­an Awam Pulau Pinang dengan filem animasi, sesi bercerita dan konsert yang menarik.

Di samping itu, LeFF akan meneruskan pengembang­an skopnya dengan pelbagai persembaha­n kontempora­ri, pameran dan perjalanan masakan istimewa.

Antaranya ialah bengkel pastri atau bakeri selain tidak melepaskan peluang untuk merasai hidangan Perancis sambil melihat karya seni berwarna-warni yang dipaparkan di Champignon­s dan Delia Wines with Gallery des Artistes.

Selain itu, orang ramai juga perlu merebut peluang menikmati makanan Perancis di restoran yang mengambil bahagian iaitu Entier, Nathalie Gourmet Studio dan Le Gourmandin.

Pengunjung juga dapat menyaksika­n pameran unik dan lukisan langsung oleh pelukis dan penghibur Perancis Vaultman dengan kerjasama pemuzik tempatan Mei Lin Hii (piano) dan John Thomas (dram).

Orang ramai boleh maklumat lanjut tentang festival di https://www. alliancefr­ancaise.org. my/le-french-festival/

Dapatkan tiket percuma untuk menonton filem LeFF di Kuching menggunaka­n kod promosi iaitu Borneo Post: FFFKCM0000­06E.

Penebusan bermula dari 25 Mei hingga 25 Jun tengah hari dan seterusnya melalui GSC Ticketing Kiosk, GSC e-Payment di www.gsc. com.my atau GSC Mobile Apps berkonsepk­an siapa cepat dia dapat.

Cara menggunaka­n kod promosi ialah kod promosi mesti ditebus di halaman ‘Mod Pembayaran.’

Selepas memilih mod pembayaran, pembeli

perlu menandai kotak ‘Adakah anda mempunyai Kod Promosi? Masukkan kod promosi dan klik ‘Serah’ untuk menebus

kod promosi.

Penggunaan kod ini sah di GSC Mid Valley Megamall, GSC Nu Sentral, GSC MyTown,

GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza, GSC Paradigm Mall JB dan GSC CityOne Megamall Kuching sahaja.

 ?? ?? TAYANGAN UTAMA: Salah satu filem utama LeFF yang akan ditayangka­n di GSC CityONE Megamall bermula dari 21 hingga 25 Jun ini ialah adaptasi ‘The Three Musketeers’.
TAYANGAN UTAMA: Salah satu filem utama LeFF yang akan ditayangka­n di GSC CityONE Megamall bermula dari 21 hingga 25 Jun ini ialah adaptasi ‘The Three Musketeers’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia