Utusan Borneo (Sarawak)

Rodrygo dedikasi kemenangan buat Vinicius

Sebagai tanda sokongan kepada penyerang itu yang menjadi mangsa rasis di Valencia

-

MADRID: Rodrygo menjaringk­an gol kemenangan lewat ketika membantu Real Madrid menang 2-1 ke atas Rayo Vallecano dalam aksi La Liga Sepanyol dan mengangkat tangan ke udara sebagai sokongan kepada rakan sepasukann­ya, Vinicius Junior.

Vinicius menjadi mangsa cemuhan perkauman ketika menentang Valencia pada Ahad tetapi hanya menjadi penonton pada perlawanan ini kerana kecederaan lutut.

Rodrygo menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-89 untuk meletakkan Real kembali ke tangga kedua dan meraikan golnya dengan menunduk kepala ketika mengangkat penumbuk ke udara dalam tabik “Kuasa (kulit) Hitam”, sebagai sokongan kepada Vinicius.

Karim Benzema membuka jaringan buat Real dalam separuh masa pertama tetapi Raul de Tomas mengikat kedudukan pada perlawanan di Santiago Bernabeu.

Vinicius tidak hadir dalam padang tetapi tetap menjadi ingatan kepada rakan sepasukan apabila pemain Real berbaris sebelum perlawanan dengan memakai jersi bernombor 20 – jersi dipakai Vinicius – sebagai tanda sokongan.

Vinicius dibuang padang ketika menentang Valencia dan walaupun kad merah itu ditarik balik, dia tidak

sempat pulih kerana masalah kecederaan lutut untuk beraksi pada Rabu.

Ia adalah kali pertama Real Madrid bermain sejak insiden cemuhan perkauman itu dan ramai bintang sukan dan orang penting lain di seluruh dunia menawarkan sokongan kepada Vinicius.

Penyokong bersorak nama Vinicius selepas minit ke-20 dan satu sepanduk bertulis: “Kami semua Vinicius, cukup sudah!”

“Saya fikir semua orang dalam bola sepak, bukan hanya bola sepak, dalam

semua sukan lain di seluruh dunia memberi reaksi kepada insiden ini, ia tidak seharusnya dibenarkan berlaku,” kata pemain tengah Real, Dani Carvajal selepas perlawanan.

Atletico Madrid gagal merampas kembali tangga kedua liga selepas seri 3-3 dengan Espanyol dan kurang satu mata berbanding Real Madrid dengan berbaki satu lagi perlawanan untuk kedua-dua pasukan.

Atletico harus menyalahka­n diri mereka sendiri di atas keputusan seri ini selepas

mendahului 3-0 sehingga awal separuh masa kedua menerusi gol Saul Niguez, Antonio Griezmann dan Yannick Carrasco.

Espanyol bagaimanap­un bangkit bergaya pada bermula dengan gol Cesar Montes pada minit ke-64 sebelum Joselu menyempurn­akan penalti minit ke-76 dan tiga minit kemudian, Vinicius de Souza Costa mengikat kedudukan hasil umpanan Alex Vidal.

Pada perlawanan lain, Villarreal mengekalka­n peluang tipis memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara apabila menewaskan Cadiz 2-0 untuk merapatkan jurang di belakang Real Sociedad – yang menduduki slot terakhir kelayakan ke Liga JuaraJuara – dengan lima mata. — AFP

VINICIUS “Saya fikir semua orang dalam bola sepak, bukan hanya bola sepak, dalam semua sukan lain di seluruh dunia memberi reaksi kepada insiden ini, ia tidak seharusnya ” berlaku. Dani Carvajal Pemain tengah Real Madrid

 ?? ??
 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Rayo Vallecano di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid.
— Gambar AFP TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Madrid dan Rayo Vallecano di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia