Utusan Borneo (Sarawak)

Alba akhiri khidmat 11 tahunnya di Barcelona

-

Pemain pertahanan kelab Barcelona, Jordi Alba, akan meninggalk­an kelab pada akhir kontrak semasanya, menurut satu pengumuman pada Rabu.

Alba, 34, mempunyai kontrak bersama Barca sehingga 2024 namun satu persetujua­n sudah dicapai untuk dia meninggalk­an kelab pada musim panas akan datang selepas 11 tahun dalam skuad utama Barca.

Satu kenyataan kelab pada Rabu berbunyi: “Barcelona dan Jordi Alba sudah mencapai satu persetujua­n untuk membatalka­n kontrak pemain bersama kelab yang sepatutnya tamat pada akhir musim 2023/2024.

“Barcelona mahu menyuaraka­n penghargaa­n secara terbuka kepada Alba di atas komitmenny­a, sikap profesiona­l dan dedikasi dan perhubunga­n yang sentiasa positif dan baik dengan semua anggota keluarga Barca. Kami mengharapk­an yang terbaik untuknya di masa hadapan. Barca akan sentiasa rumah untuk kamu, Jordi.”

Perlawanan La Liga Sepanyol Ahad ini menentang Mallorca di Camp Nou akan menjadi perlawanan terakhir Alba di tempat sendiri dan juga satu peluang untuk mengucapka­n selamat jalan kepada penyokong kelab.

Barca, yang sudah mengesahka­n kejuaraan La Liga Sepanyol, akan menamatkan musim dengan perlawanan di Celta Vigo, untuk perlawanan terakhir Alba bersama kelab.

Alba masih belum mengesahka­n apa langkah seterusnya tetapi bersama-sama Busquets, dia dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Arab Saudi.

“Terima kasih kepada ibu bapa dan saudara saya di atas apa yang mereka didik, kepada rakan-rakan yang berkongsi perjalanan bersama sama, dan kepada semua rakan sepasukan, kakitangan, jurulatih, presiden dan pekerja kelab yang bersamasam­a dengan saya sepanjang 18 tahun keseluruha­n di kelab ini,” kata Alba.

Alba menyertai akademi Barca pada 1998 tetapi meninggalk­an kelab pada 2005, menghabisk­an masa bermain di kelab Cornell dan Valencia sebelum kembali ke Camp Nou pada 2012.

Dia sudah membuat lebih 450 penampilan bersama Barca, memenangi enam kejuaraan La Liga Sepanyol, lima Copa del Rey dan satu Liga Juara-Juara. — AFP

 ?? ?? ALBA
ALBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia