Utusan Borneo (Sarawak)

Sterling digugurkan dari skuad kebangsaan England

-

LONDON: Raheem Sterling digugurkan dari skuad kebangsaan England oleh jurulatih Gareth Southgate berikutan dengan musim pertama yang hambar di Chelsea.

Sterling bergelut dengan prestasi dan kecederaan sejak berpindah ke Chelsea pada musim panas tahun lepas dan dibayangka­n tidak akan tersenarai dalam skuad England untuk perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan Macedonia Utara.

Pemain tengah kelab Crystal Palace, Eberechi Eze, menerima panggilan pertama ke skuad England berikutan dengan pencapaian memberangs­angkan di bawah kendalian pengurus sementara, Roy Hodgson.

Turut tiada tempat untuk pemain kelab Arsenal, Ben White dan pemain Tottenham, Eric Dier tetapi Harry Maguire ada tersenarai walaupun bergelut untuk beraksi di Manchester United, bersama-sama Lewis Dunk (Brighton) dan Tyronne Mings (Aston Villa).

White meninggalk­an kem England semasa Piala Dunia 2022 di Qatar atas sebab peribadi dan kemudian tidak tersenarai dalam skuad yang bertemu Itali dan Ukraine pada bulan Mac, tetapi Southgate berkata pintu masih terbuka untuk White di peringkat antarabang­sa.

Callum Wilson juga kembali ke skuad England selepas tidak beraksi sebelum ini kerana kecederaan apabila Ivan Toney - yang digantung ketika ini - dipilih.

Southgate dikatakan sudah bercakap dengan Sterling mengenai keputusan untuk tidak menyenarai­kannya. Sterling adalah pemain senior dalam skuad Southgate, yang berharap penyerang itu akan mendapat faedah dari rehat yang panjang pada musim panas ini untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan­nya.

“Saya ada bercakap dengannya seminggu yang lalu,” katanya.

“Dia tidak gembira dengan situasinya, selepas mengalami masalah kecederaan. Dia tidak begitu memikirkan akan dipanggil (ke skuad England).”

Sterling mengharung­i musim turun naik sejak perpindaha­n bernilai 50 juta

pound dari Manchester Ciy dan baru-baru ini mengakui musimnya adalah “salah satu yang terburuk dalam karier saya”.

Dia terpaksa mengharung­i pertukaran tiga pengurus di Chelsea dan juga pulang dari kempen Piala Dunia 2022 selepas kediamanny­a dipecah masuk, walaupun dia ada kemnbali semula ke Qatar.

Sterling tidak beraksi ketika England menentang Itali dan Ukraine pada bulan Mac kerana kecederaan dan sudah dibayangka­n tidak akan beraksi menentang Malta pada 16 Jun dan menentang Macedonia Utara di Old Trafford tidak hari selepas itu.

Southgate juga berkata dia tidak sabar untuk memulakan kerjasama dengan Eze.

“Kami sudah menyukainy­a sejak sekian lama. Saya fikir dia menamatkan musim dengan sangat baik. Dia boleh bermain di beberapa posisi di bahagian serangan.

“Dia memiliki ancaman sebenar di pintu gol lawan, mempunyai kemampuan dan kepantasan mencabar lawan dengan kemahirann­ya mengelecek bola.”

Kecederaan dan kemaraan Manchester City ke final Liga Juara-Juara pada 10 Jun ini memberi kesan kepada perancanga­n Southgate.

Tiga pemain kelab Chelsea, Mason Mount, Reece James dan Ben Chilwell dijangka tidak akan beraksi musim ini dengan Southgate juga tidak akan menurukan kesemua pemain City, John Stones, Kyle Walker, Phil Foden, Jack Grealish dan Kalvin Phillips untuk perlawanan menentang Malta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia