Utusan Borneo (Sarawak)

Inter bangkit untuk pertahan kejuaraan Piala Itali

-

ROM: Lautaro Martinez menjaringk­an dua gol ketika finalis Liga Juara-Juara, Inter Milan, bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Fiorentina 2-1 dan mempertaha­nkan kejuaraan Piala Itali pada Rabu.

Nicolas Gonzalez meletakkan Fiorentina di hadapan pada awal perlawanan di Stadio Olimpico tetapi Martinez mengikat kedudukan dan kemudian menjaringk­an gol kemenangan sebelum rehat.

Kejuaraan Piala Itali yang kelima buat anak buah Simone Inzaghi itu meletakkan Inter berkongsi kedudukan dengan AS Roma dengan hanya Juventus, yang memenangi 14 kejuaraan, memiliki rekod paling banyak muncul juara.

“Saya berasa sangat gembira kerana kami sudah memenangi kejuaraan bersama kelab hebat ini dalam dua musim terakhir,” kata Martinez, yang turut membantu Inter memenangi kejuaraan Serie A Itali pada 2021 dan kejuaraan Piala Itali musim lepas.

“Kami harus terus mengekalka­n rentak ini. Kami benarbenar mahu menjulang satu lagi trofi malam ini. Kami bermula dengan buruk tetapi kemudian kami menunjukka­n apa yang harus kami lakukan dari awal.”

Fiorentina, juara enam kali kejohanan, dinafikan kejuaraan pertama mereka sejak 2001 tetapi kelab boleh menamatkan musim dengan kejuaraan selepas mempunyai satu lagi final untuk Liga Konferensi Europa menentang

West Ham United pada 7 Jun di Prague, tiga hari sebelum Inter menentang Manchester City di final Liga Juara-Juara di Istanbul.

“Kami mahu bermain sebaik yang kami mampu. Kami mempunyai baki dua perlawanan dalam liga dan kemudian ada perlawanan di Istanbul,” kata Inzaghi.

Fiorentina, kelab pertama melangkah ke final dalam empat kejohanan Eropah yang berbeza, memulakan perlawanan di Rom dengan

meyakinkan apabila Gonzalez menanduk masuk satu umpanan Jonathan Ikone.

Sofyan Amrabat melihat cubaannya tersasar dari hujung kotak penalti ketika Fiorentina memburu gol kedua, dengan penyerang Inter, Edin Dzeko melihat cubaannya sedikit tinggi selepas menerima umpanan Martinez.

Martinez bagaimanap­un menunjukka­n cara sebenar melakukan penyudah apabila merembat menewaskan penjaga gol Pietro Terraccian­o

untuk gol penyamaan.

Lapan minit kemudian, Martinez menjaringk­an gol kedua selepas menyempurn­a hantaran Nicolo Barella.

Fiorentina, yang menewaskan Basel pada minit akhir masa tambahan Liga Konferensi Europa minggu lepas, berusaha keras sehingga minit akhir dengan Luka Jovic melihat dua cubaannya gagal menepati sasaran.

Penyerang antarabang­sa Serbia itu gagal menewaskan penjaga gol veteran Inter,

Samir Handanovic sebelum satu lagi peluang sedikit tersasar.

Gonzalez juga hampir membawa permainan ke masa tambahan selepas meloloskan diri ke dalam kotak penalti untuk melakukan satu tandukan tetapi bola melambung ke arah gol selepas rembatan pertamanya dihadang tetapi Matteo Darmian menyelamat­kan keadaan ketika Inter bertahan untuk mempertaha­nkan kejuaraan mereka.

 ?? — Gambar AFP ?? JULANG TROFI: Pemain Inter Milan meraikan kejayaan memenangi Piala Itali selepas menumpaska­n Fiorentina 2-1 pada perlawanan final di Stadium Olimpico di Rom.
— Gambar AFP JULANG TROFI: Pemain Inter Milan meraikan kejayaan memenangi Piala Itali selepas menumpaska­n Fiorentina 2-1 pada perlawanan final di Stadium Olimpico di Rom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia