Utusan Borneo (Sarawak)

Ten Hag tuntut lebih usaha daripada Man Utd

- — AFP

Erik ten Hag berkata Manchester United harus berusaha lebih kuat lagi walaupun pasukannya dijangka akan layak ke kejohanan Liga Juara-Juara musim hadapan.

United hanya memerlukan satu mata dari baki dua perlawanan Liga Perdana Inggeris, bermula dengan perlawanan lewat menentang Chelsea dan kemudian menentang Fulham untuk menjamin kedudukan dalam empat tangga teratas liga.

Ten Hag juga menamatkan kemarau trofi selama enam tahun di Old Trafford pada musim pertamanya apabila memenangi Piala Liga Inggeris pada bulan Februari.

Pengurus dari Belanda itu juga mungkin menamatkan musim pertama di England dengan dua kejuaraan jika pasukannya menewaskan kelab jiran Manchester City di final Piala FA Inggeris.

Tetapi Ten Hag menegaskan United harus mempunyai sasaran lebih tinggi musim hadapan ketika mereka mahu mengembali­kan semula kegemilang­an kelab.

“Kami dalam satu projek, kami mahu kembali memenangi trofi,” kata Ten Hag pada sidang media menjelang

perlawanan menentang Chelsea.

“Kami memenangi satu trofi tetapi kami mahu memenangi lebih banyak lagi, untuk bersaing dengan pasukan terbaik. Kami masih dalam satu perjalanan, kami fikir kami bergerak ke arah yang betul tetapi ia boleh menjadi lebih bagus lagi kerana ia tidak cukup bagus ketika ini.”

Jentera serangan United yang tumpul, ternyata merasai ketiadaan Marcus Rashford pada dua perlawanan terakhir tetapi penyerang antarabang­sa England itu dijangka kembali untuk menentang Chelsea.

United kelihatan terlalu bergantung kepada gol Rashford

musim ini, di mana dia sudah menjaringk­an 29 gol dalam semua pertanding­an, dengan Bruno Fernandes (11 gol) adalah pemain lain United yang menjaringk­an gol dengan dua angka.

“Semalam dia kembali berlatih,” kata Ten Hag ketika merujuk kepada kecergasan Rashford selepas tidak diturunkan ketika United menang 1-0 di Bournemout­h kerana tidak sihat.

“Dia kelihatan agak cergas tetapi kita akan lihat hari ini apa keputusan latihannya, bagaimana dia pulih dan kemudian kami akan membuat pemilihan.”

 ?? ?? TEN HAG
TEN HAG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia