Utusan Borneo (Sarawak)

EPL: Brighton ikat Manchester City 1-1

Keputusan seri itu jamin Brighton untuk beraksi dalam Liga Europa musim hadapan selepas menduduki tangga keenam

-

BRIGHTON: Brighton menamatkan rentak 12 kemenangan berturut-turut Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris apabila mengikat juara liga itu 1-1 pada Rabu, sekali gus menjamin tempat mereka dalam kejohanan Liga Europa pada musim hadapan.

Phil Foden membuka jaringan buat City tetapi Brighton mengikat kedudukan pada minit ke-38 menerusi gol Julio Enciso.

Brighton, yang sudah menjamin kelayakan ke bola sepak Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab pada musim hadapan, sekarang sudah terjamin menamatkan musim di enam tangga teratas liga dan layak ke Liga Europa, kelas kedua kejohanan kelab bola sepak di Eropah.

“Hanya 48 jam selepas berpesta di Manchester,” kata pengurus City, Pep Guardiola. “Hari ini mereka menunjukka­n kenapa mereka adalah juara liga.

“Kami berusaha dan banyak berlari. Kerana itu kami adalah juara untuk beberapa tahun, pemain ini menunjukka­n sesuatu yang istimewa.”

City bagaimanap­un berusaha keras untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam semua pertanding­an kepada 25 perlawanan ketika anak buah Guardiola membuka kelebihan lapan mata di singgahsan­a

liga dengan baki satu perlawanan sahaja lagi.

Guardiola memberikan pujian kepada pengurus Brighton, Roberto De Zerbi sebelum perlawanan dengan berkata De Zerbi adalah salah seorang pengurus paling berpengaru­h dalam 20 tahun terakhir.

Guardiola menunjukka­n rasa hormat kepada lawannya apabila menurunkan barisan pemain bintang yang tidak beraksi ketika menewaskan Chelsea 1-0 untuk sebelum meraikan kejuaraan liga yang keempat dalam lima tahun.

Erling Haaland kembali di antara enam pertukaran

pemain dan boleh menjaringk­an hatrik ketujuhnya musim ini dalam tempoh 30 minit pertama.

Penyerang antarabang­sa Norway itu melihat tandukanny­a dari umpanan Foden sedikit tinggi seawal minit kelima sebelum melakukan sentuhan lemah untuk

menewaskan penjaga gol Jason Steele sebelum bersemuka sekali lagi dengan Steele tetapi memilih untuk melorong bola kepada Foden untuk membuka jaringan.

Namun selepas bermula hambar, Brighton mula mengimbang­i permainan dan ketika pemain City mulai hilang

fokus.

Tendangan percuma Danny Welbeck terkena palang dan Facundo Buonanotte seharusnya melakukan penyudah lebih kemas selepas menembusi pertahanan City.

Kaoru Mitoma juga melihat jaringan gol penyamaann­ya tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Namun tiada siapa dapat menghalang gol penyamaan Enciso apabila menerima umpanan Levi Colwill dan merembat dari jarak jauh untuk gol pertamanya di Stadium Amex.

Brighton ada menjaringk­an gol ‘ketiga’ mereka sebelum rehat tetapi Welbeck berkeduduk­an ofsaid ketika menerima umpanan Mitoma.

Separuh masa kedua agak hambar walaupun permainan pantas dari kedua-dua pasukan.

Haaland memikirkan dia menjaringk­an gol ke-53 musim ini apabila menanduk umpanan Cole Palmer ketika berbaki 15 minit permainan tetapi panel video bantuan pengadil menyedari Haaland mengasari Colwill untuk mencari ruang melakukan tandukan.

City menamatkan permainan dengan kebimbanga­n mengenai masalah kecederaan terbaharu pemainnya menjelang akhir Piala FA Inggeris menentang Manchester United dan final Liga Juara-Juara menentang Inter Milan selepas John Stones dan Bernardo Silva dikatakan mengalami kecederaan. — AFP

“Kami berusaha dan banyak berlari. Kerana itu kami adalah juara untuk beberapa tahun, pemain ini menunjukka­n sesuatu yang ” istimewa. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton dan Manchester City di Stadium American Express Community.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton dan Manchester City di Stadium American Express Community.
 ?? ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia