Utusan Borneo (Sarawak)

Honda akan bekalkan pasukan Aston Martin enjin F1 pada 2026

-

Honda akan membekalka­n pasukan Formula Satu (F1) Aston Martin dengan enjin kereta mereka dari 2026 selepas syarikat pengeluar enjin dari Jepun itu mengesahka­n rancangann­ya untuk terus kekal dalam sukan F1 selepas 2025.

Honda ketika ini membekalka­n enjin kepada juara dunia, Red Bull tetapi perjanjian itu akan berakhir pada 2026 apabila Red Bull mula membina enjin mereka sendiri dengan kerjasama bersama Ford, pengeluar enjin dari Amerika Syarikat (AS).

Kejayaan Honda bersama Red Bulll menjadikan mereka salah satu dari pembekal enjin utama dalam F1 tetapi mereka pada awalnya keberatan untuk terus memberikan komitmen kepada F1 selepas 2025 dan kerana itu, Red Bull membuat keputusan untuk membina enjin mereka sendiri dari 2026.

Aston Martin mempunyai satu perjanjian dengan Mercedes sehingga akhir musim semasa untuk unit enjin terpakai pada 2025 tetapi akan bekerjasam­a dengan Honda untuk tahun 2026.

Peraturan baharu enjin F1 pada 2026, yang termasuk

penggunaan bahan api mampan dan sistem pemulihan tenaga lebih baik, menjadi motivasi untuk Honda terus terlibat dalam F1.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Honda, Toshihiro Mibe, berkata: “Salah satu sebab utama untuk keputusan kami mengambil cabaran baharu dalam F1 ialah ia adalah satu bentuk perlumbaan tertinggi di dunia dan berusaha untuk terus menjadi siri perlumbaan

yang boleh bertahan, selari dengan arah tuju Honda dalam usaha untuk mengawal pembebasan karbon, dan ia akan menjadi satu platform yang akan memudahkan pembanguna­n kami kepada teknologi penggunaan elektrik.”

Berita ini bermakna F1 akan mempunyai enam pembekal enjin bersaing pada 2026 iaitu Honda, Red Bull, Renault, Mercedes, Ferrari dan Audi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CAPAI PERSETUJUA­N: Mibe (kiri) berjabat tangan dengan Ketua Pengerusi Aston Martin, Lawrence Stroll semasa sidang media di Tokyo.
— Gambar AFP CAPAI PERSETUJUA­N: Mibe (kiri) berjabat tangan dengan Ketua Pengerusi Aston Martin, Lawrence Stroll semasa sidang media di Tokyo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia