Utusan Borneo (Sarawak)

Jejambat akan dibina di kawasan tanah mendap di WPC11 Pan Borneo

- Sebuah struktur jejambat sepanjang 400

MIRI:

meter di bahagian CH49+600 Lebuh Raya Pan Borneo Pakej Kerja 11 (WPC11) Sungai Tangap-Simpang Pujut Link di sini bakal dimulakan pembinaann­ya pada suku ketiga tahun ini bagi mengatasi masalah mendapan tanah di kawasan projek lebuh raya tersebut.

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, pembinaann­ya yang mengambil masa kira-kira dua tahun dijangka siap pada tahun 2025.

“Semasa kerja-kerja pembinaan tambakan jalan dilaksanak­an di kawasan ini sebelumnya, tanah yang ditambak telah mengalami masalah mendapan sehingga 0.5 meter.

“Oleh itu, Pasukan Projek Pan Borneo mengesyork­an supaya struktur viaduct (jejambat) dibina di atas jajaran laluan yang mengalami masalah mendapan tanah itu,” ujarnya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke tapak projek tersebut, semalam.

Hadir sama, Pengurus Zon Utara Cawangan Lebuh Raya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Ir Siaw Ming Chian, Jurutera Bahagian Miri JKR Sarawak Ir Stephen Ung dan Pengurus Komunikasi Korporat Cawangan Lebuh Raya Pan Borneo JKR Sarawak Sahrein Maloh.

Pada masa ini katanya, reka bentuk jejambat itu telah siap dan kerja-kerja akan dimulakan tidak lama lagi sekitar Jun.

Nanta turut memberi jaminan kerja-kerja pembinaan jejambat itu tidak akan mengganggu aliran trafik kerana pengguna masih boleh menggunaka­n jalan sedia ada bersebelah­an.

Menurutnya, jejambat merupakan penyelesai­an kejurutera­an yang menghubung­kan penghujung satu jalan ke jalan lain melalui lembah dan infrastruk­turnya umumnya terdiri daripada permukaan yang direka sangat tahan untuk memastikan laluan kenderaan dengan selamat.

Sementara itu, Nanta berkata kemajuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang telah siap adalah kira-kira 94 peratus, manakala bagi WPC11 Sungai Tangap-Simpang Pujut Link telah mencapai 89 peratus siap.

Jelasnya lagi, WPC11 Sungai Tangap-Simpang Pujut

Link dijangka siap secara berperingk­at antara tahun 2023 hingga 2026.

 ?? TINJAU: ?? Nanta (dua kanan) mendapatka­n kemas kini kemajuan projek di WPC11 Sungai Tangap-Simpang Pujut Link, semalam.
TINJAU: Nanta (dua kanan) mendapatka­n kemas kini kemajuan projek di WPC11 Sungai Tangap-Simpang Pujut Link, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia