Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan kereta api ledak ekonomi

Sudah tiba masanya Sarawak wujudkan Kereta Api Trans Borneo libatkan tiga negara: Abang Johari

- Oleh Mastura Ismail

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sudah sampai masanya untuk Sarawak mewujudkan Kereta Api Trans Borneo melibatkan Malaysia, Brunei dan Indonesia bagi menjana ledakan aktiviti ekonomi setempat, khususnya di utara Sarawak.

Beliau berkata, cadangan untuk mewujudkan Kereta Api Trans Borneo telah dibuat kerajaan persekutua­n melalui Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia (MOT).

“Kami telah diberi taklimat oleh MOT mengenai cadangan ini dan satu kajian akan dibuat oleh kementeria­n tersebut.

“Dicadangka­n kita akan mempunyai Kereta Api Trans Borneo yang juga akan menjurus ke Sabah dan bersambung dengan Kalimantan, Indonesia.

“Jadi, apa yang berlaku mesti ada perbincang­an antara negara Malaysia, Indonesia dan Brunei,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Seri Malaysia di sini selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Jambatan Lawas, Hospital Lawas dan Kompleks Kerajaan Bersepadu Lawas, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Hasbi Habibollah, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan kenamaan lain.

Abang Johari berkata, jika projek itu dilaksanak­an, ia akan dibiayai oleh kerajaan persekutua­n.

“Saya rasa masa sudah sampai untuk kita mewujudkan Kereta Api Trans Borneo untuk meletuskan ekonomi setempat kita,” ujarnya lagi

Mengulas mengenai projek pembanguna­n, Abang Johari berkata terdapat 226 projek di bawah pembiayaan alternatif Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Negeri dan Projek Rakyat dengan jumlah peruntukan RM440.7 juta telah diluluskan untuk Bahagian Limbang.

“Setakat 30 April tahun ini, 57 projek telah disiapkan, (manakala) 88 projek berada di bawah pelbagai peringkat pelaksanaa­n,” katanya.

Ujarnya, daripada 226 projek terbabit, Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) dengan 114 projek mempunyai paling banyak projek di bawah pelbagai peringkat pelaksanaa­n.

Terdahulu, Abang Johari mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Negeri di sini, pagi semalam.

 ?? ?? PENGHUBUNG RAKYAT: Abang Johari melihat replika Jambatan Lawas semasa lawatan ke tapak projek di Lawas, semalam. Turut kelihatan, Awang Tengah (tiga kiri).
PENGHUBUNG RAKYAT: Abang Johari melihat replika Jambatan Lawas semasa lawatan ke tapak projek di Lawas, semalam. Turut kelihatan, Awang Tengah (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia