Utusan Borneo (Sarawak)

Kes pokok ganja, suspek ketiga diberkas

Suspek merupakan anak salah seorang daripada dua suspek ditangkap terdahulu

- Oleh Michael Ubam ACP Zulkipli Suhaili Ketua Polis Daerah Sibu

SIBU: Seorang lagi lelaki ditahan kerana disyaki turut terlibat dalam kes rampasan dua batang pokok ganja di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 24 tahun terbabit merupakan anak kepada salah seorang daripada dua suspek yang ditangkap di sebuah rumah di Lorong Rambai pada 24 Mei.

Menurutnya, suspek ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di pekarangan Mahkamah Sibu pada jam 9 pagi pada 25 Mei.

“Suspek lelaki terbabit merupakan tangkapan ketiga bagi membantu siasatan lanjut kes rampasan dua pokok ganja tempoh hari (Rabu lalu).

“Suspek (suspek ketiga) tidak mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, namun ujian saringan awal polis ke atas air kencing suspek didapati positif dadah jenis Tetrahydro­cannabinol (THC) ganja,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Zulkipli, suspek telah direman selama empat hari sehingga 30 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut yang dijalankan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya

(ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

“Hukuman di bawah Seksyen 6B ADB 1952 memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan yang tidak kurang daripada enam sebatan jika sabit kesalahan.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) akta yang sama, denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau keduaduany­a sekali dan pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952,” jelasnya.

Pada 24 Mei lalu, polis menjalanka­n serbuan ke atas sebuah rumah Lorong Rambai pada jam 12.15 malam dan berjaya menangkap seorang lelaki berusia 55 tahun dan adik perempuann­ya berusia 50 tahun.

Pemeriksaa­n lanjut di lokasi tersebut menjurus kepada penemuan dua batang pokok ganja dan satu beg plastik hitam mengandung­i tanah dan dedaun kering dipercayai dadah jenis ganja bernilai keseluruha­n RM20,000.

Polis juga merampas sebuah kereta bernilai RM80,000 dalam serbuan itu.

Suspek lelaki terbabit merupakan tangkapan ketiga bagi membantu siasatan lanjut kes rampasan dua pokok ganja tempoh hari (Rabu lalu).

 ?? ZULKIPLI ??
ZULKIPLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia