Utusan Borneo (Sarawak)

Logo, tema HKHM elemen penting satukan rakyat

- Dari Muka 1

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Logo dan Tema HKHM 2023 Peringkat Sarawak yang diadakan di MYDIN Petra Jaya pagi semalam yang turut diadakan serentak di Tasik Simfoni KLCC, Kuala Lumpur dan 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia, Sarawak Jaafar Jantan.

Dr Abdul Rahman berkata, keharmonia­n akan memacu bangsa Malaysia yang tinggi nilai manusiawin­ya.

Tema yang dipilih tersebut jelasnya, mendasari tekad dan komitmen pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.

“Maka, harapan Malaysia MADANI adalah perpaduan sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraska­n kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahter­aan, hormat menghormat­i dan ihsan,” katanya.

Justeru, bagi menyemarak­kan sambutan Bulan Kebangsaan, beliau mengajak semua jabatan dan agensi kerajaan persekutua­n dan kerajaan Sarawak serta rakanrakan strategik swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menzahirka­n semangat cintakan negara melalui penganjura­n pelbagai program kenegaraan sempena HKHM di peringkat organisasi dan komuniti masing-masing.

“Adalah disarankan, dalam setiap bentuk promosi, kempen atau aktiviti yang dirangka, masukkan penggunaan logo dan tema HKHM ini sebagai ‘trade mark’ kepada semua program sambutan Bulan Kebangsaan,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia, Sarawak Jaafar Jantan selaku jawatankua­sa pengelola berkata, pihaknya telah merangka beberapa program kenegaraan secara bersemuka dan digital untuk tujuan tersebut.

Katanya, JaPen bakal meneruskan komitmen dengan melaksanak­an Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sarawak, Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Program Semarak Gemilang, Pertanding­an Klik@Merdeka, Pertanding­an Mewarna dan Melukis MYDOODLE@Merdeka dan Infiesta PENTARAMA bagi memupuk semangat kenegaraan.

“Kita harus berbangga dengan sambutan Bulan Kebangsaan ini dan kita meriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang di merata-rata tempat, malah di luar negara.

“Semangat patriotik ini mesti bermula dari rumah dan dibudaya serta diamalkan oleh setiap lapisan rakyat Malaysia dengan meletakkan sifat kecintaan kepada negara dan sentiasa dijunjung tinggi oleh kita bersama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia