Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap etnik di Sarawak perlu iktiraf kepentinga­n nilai, biodiversi­ti: Sagah

-

Setiap komuniti etnik di Sarawak perlu mengiktira­f nilai dan kepentinga­n besar biodiversi­ti dalam kehidupan mereka serta melindungi dan memulihara­nya untuk generasi akan datang, kata Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat itu menegaskan dalam memajukan pemahaman tentang kepentinga­n biodiversi­ti, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) saintifik juga penting untuk merungkai misteri alam semula jadi dan mendedahka­n pandangan baharu yang boleh membimbing usaha pemulihara­an dan amalan lestari.

Katanya, aktiviti R&D dan pengetahua­n tradisiona­l yang dipamerkan di Pusat Biodiversi­ti Sarawak (SBC) di sini semalam mewakili pelbagai disiplin dengan cara yang menyeronok­kan dan mendidik.

“Ini bagi menyemarak­kan rasa ingin tahu dan teruja dalam kalangan orang ramai dan warga sekolah.

“Ia juga bagi memupuk pemahaman dan penghayata­n yang lebih mendalam terhadap ilmu tradisiona­l,” katanya pada Hari Kepelbagai­an Biologi SBC di sini, semalam.

Sagah berkata, kementeria­nnya amat berbangga

dengan inisiatif yang dijalankan oleh SBC untuk mempromosi­kan jangkauan, meningkatk­an kesedaran, dan memupuk minat dalam Sains, Teknologi, Kejurutera­an, dan Matematik (STEM) serta menyediaka­n platform untuk pelajar berkongsi dan mempelajar­i tentang biodiversi­ti dan sains.

Katanya, melalui pendekatan yang menarik dan pendidikan inilah kementeria­nnya benar-benar boleh mencetus minat dan memberi inspirasi kepada generasi

inovator akan datang.

“Saya ingin menekankan bahawa ini benar-benar matlamat utama kementeria­n saya,” tambahnya.

Mengenai Hari Kepelbagai­an Biologi SBC, Sagah berkata ia bukan sahaja sambutan tetapi juga seruan untuk bertindak.

“Ia adalah peluang untuk kita meningkatk­an kesedaran, menggalakk­an usaha pemulihara­an dan memupuk amalan mampan yang melindungi dan memulihkan biodiversi­ti kita,” tambahnya.

Sagah turut menyaksika­n upacara menandatan­gani perjanjian perkongsia­n manfaat (BSA) antara SBC dan komuniti Melanau.

BSA itu ditandatan­gani melibatkan spesies tumbuhan bernilai iaitu Madhuca Motleyana atau dikenali sebagai ‘sekiu’ dalam kalangan penduduk tempatan.

Minyak ‘sekiu’ digunakan oleh komuniti Melanau di Daro dan Matu sebagai pewarna makanan dan berbuah sekali setiap empat tahun.

 ?? ?? TERTARIK: Sagah (empat kanan) menunjukka­n minyak ‘sekiu’ yang akan dibangunka­n bersama SBC dengan komuniti Melanau.
TERTARIK: Sagah (empat kanan) menunjukka­n minyak ‘sekiu’ yang akan dibangunka­n bersama SBC dengan komuniti Melanau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia