Utusan Borneo (Sarawak)

Kibar Jalur Gemilang pencetus semangat cintakan negara

-

Kibaran bendera Jalur Gemilang bukan sekadar penghias tiang lampu atau bangunan, tetapi pencetus semangat cintakan negara, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Justeru, beliau menggalakk­an lebih banyak penyertaan daripada orang ramai dan golongan muda untuk memasang dan mengibarka­n Jalur Gemilang yang diadakan sempena dengan Kempen Kibar Jalur Gemilang.

“Kibarkan ia, tidak kira tempat sama ada di rumah, premis perniagaan, pejabatpej­abat kerajaan atau swasta, gerai-gerai, kenderaan malah di sepanjang jalan raya di bandar atau kampung-kampung.

“Sebagai rakyat bertuah di Bumi Kenyalang ini, kita haruslah bangga untuk mengibarka­n Jalur Gemilang negara kita ini,” ujarnya ketika berucap pada majlis pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 Peringkat Sarawak yang diadakan di MYDIN Petra Jaya, pagi semalam.

Beliau berkata, mekanisme lain untuk menzahirka­n rasa cinta dan sayang kepada negara boleh diterapkan dengan mengamalka­n nilai-nilai murni, bersatu-padu serta mendukung segala inisiatif yang diperkenal­kan oleh kerajaan negeri atau persekutua­n

berpaksika­n kepada kebajikan dan kesejahter­aan rakyat.

Justeru katanya, sempena dengan sambutan Hari Sarawak ke-60 tahun, Konvoi Kembara Sarawak Merdeka, Pameran Digital 60 Tahun Sarawak dan Majlis Kesyukuran Perdana akan diadakan.

Turut berlangsun­g ialah Majlis Jamuan Negeri, Konsert Rakyat dan Pertunjuka­n Bunga Api, ‘Street Parade,’ perarakan kereta berhias serta perhimpuna­n.

Dr Abdul Rahman turut berkongsi aktiviti-aktiviti utama yang akan diadakan seperti Hari Sarawak pada 22 Julai 2023 di Kuching, Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak pada 31 Ogos 2023

di Mukah dan Hari Malaysia pada 16 September 2023 di Kuching.

“Saya meminta rakyat Malaysia khususnya rakyat Bumi Kenyalang bersama menyemarak­kan rasa cinta kepada negara dengan menyertai semua program yang telah disusun atur sepanjang Bulan Kebangsaan dan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka ini,” ujarnya lagi.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak Jaafar Jantan yang juga merupakan jawatankua­sa pengelola pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Peringkat Sarawak di MYDIN Petra Jaya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? RASMI: Dr Abdul Rahman (dua kanan) menurunkan tandatanga­n beliau pada bingkai logo sebagai simbolik perasmian majlis pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 Peringkat Sarawak di MYDIN Petra Jaya, pagi semalam.
— Gambar Chimon Upon RASMI: Dr Abdul Rahman (dua kanan) menurunkan tandatanga­n beliau pada bingkai logo sebagai simbolik perasmian majlis pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 Peringkat Sarawak di MYDIN Petra Jaya, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia