Utusan Borneo (Sarawak)

Media Sarawak turut sertai HAWANA 2023 di Ipoh

-

Seramai 13 perwakilan media dari Sarawak kini berada di Ipoh untuk menyertai Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

Rombongan itu diketuai dan dianjurkan oleh Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dengan dibantu oleh Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA).

Tema HAWANA 2023 tahun ini ialah ‘Media Bebas, Tonggak Demokrasi’ bagi menekankan semula isu kebebasan media untuk wartawan dalam menjalanka­n tugas mereka.

Majlis kemuncak HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Antara topik yang akan diketengah­kan termasuk etika kewartawan­an dan usaha meningkatk­an kesedaran orang ramai tentang penyebaran berita palsu di media sosial.

“Kami bersyukur dengan peluang untuk mengambil bahagian dalam HAWANA peringkat kebangsaan tahun ini dan melihat bagaimana semua media bersama-sama dapat menangani isu etika kewartawan­an,” kata Presiden KDJA Ronnie Teo.

“Seperti yang kita tahu, terdapat ramai di luar sana yang mengakui diri mereka sebagai seorang wartawan, bagaimanap­un tidak bekerja secara rasmi sebagai seorang pengamal media dan tidak terikat dengan mana-mana tata laku kerjaya ini.

“Justeru, timbul berita palsu atau laporan yang tidak tepat, selain mengganggu kerja media sebenar semasa majlis rasmi.

“Kami berharap perkara ini dapat ditangani dengan penyelesai­an yang baik untuk kita bergerak ke hadapan,” ujarnya.

Pada hujung minggu ini, FSJA dan KDJA juga akan mengambil bahagian dalam karnival media untuk memperkena­lkan media Sarawak kepada umum.

Agenda lain semasa HAWANA 2023 termasuk forum membincang­kan topik seperti kaitan media tradisiona­l, peralihan daripada cetak kepada digital, kemandiria­n kewartawan­an konvension­al dan sebagainya.

 ?? ?? INTERAKSI: Ronnie (dua kiri) berbual mesra dengan pengunjung yang melawat ke ruangan Media Sarawak pada HAWANA 2023, Ipoh semalam.
INTERAKSI: Ronnie (dua kiri) berbual mesra dengan pengunjung yang melawat ke ruangan Media Sarawak pada HAWANA 2023, Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia