Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti Bidayuh diseru kuasai bidang sains, teknologi

Ia penting agar Bidayuh setanding dengan komuniti lain, kemajuan memerlukan golongan mahir dan pakar: Sagah “

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Prima dan Penasihat Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Datuk Roland Sagah Wee Inn mahu komuniti Bidayuh menguasai bidang sains dan teknologi untuk maju setanding dengan komuniti lain.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat berkata dalam dunia moden masa kini, komuniti Bidayuh masih lagi ketinggala­n jauh di belakang dalam pelbagai aspek.

“Meskipun demikian, Premier kita berfikiran jauh ke hadapan dan untuk kita (Bidayuh) dapat menguasai semua ini, kita harus berfikir seperti Premier kita.

“Apabila saya mengatakan mengenai sains, tidak semestinya roket sains, tidak perlu pergi ke bulan tetapi cukup untuk menguasai asas sains.

“Anda belajar mengenai COVID-19, belajar mengenai bagaimana menanam tumbuhan misalnya, semua ini sudah cukup bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpuna­n Agung Tritahunan DBNA Ke-10 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat DBNA di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Sagah berkata dunia kini menuju ke arah kemajuan sains dan teknologi yang berkehenda­kkan mereka yang mahir dan pakar dalam bidang ini.

Hala tuju baharu ini katanya, perlu diketahui dan dikuasai jika komuniti Bidayuh mahu bertahan dalam abad seterusnya.

“Kita sekarang bercakap mengenai penangkapa­n karbon, hidrogen, ekonomi digital dan berapa ramai dalam

kalangan kita Bidayuh yang mengetahui­nya.

“Dunia berkehenda­kkan kemajuan sains dan teknologi, dan Bidayuh mesti beralih

kepada ilmu sains dan teknologi,” katanya.

Sementara itu, Presiden DBNA Datu Ik Pahon Joyik dalam ucapan aluannya berkata,

disebabkan COVID-19 dua tahun lepas, banyak program di peringkat ibu pejabat dan cawangan DBNA tidak dapat dijalankan.

Justeru, beliau berharap dalam fasa pemulihan ini, semua program sama ada di peringkat cawangan mahupun ibu pejabat dapat dijalankan seperti dirancang.

Dalam pada itu, sebanyak 20 cawangan DBNA termasuk dari Lembah Klang hadir pada perhimpuna­n tersebut.

Ik Pahon turut berterima kasih kepada semua ahli DBNA dan komuniti Bidayuh secara keseluruha­nnya atas kerjasama diberikan yang memungkink­an DBNA terus kekal utuh sehingga hari ini.

Beliau turut berharap sokongan dan kerjasama ini akan diteruskan bagi memastikan aspirasi DBNA ke arah komuniti berpendapa­tan tinggi tercapai pada 2030.

Dunia berkehenda­kkan kemajuan sains dan teknologi, dan Bidayuh mesti beralih ” kepada ilmu sains dan teknologi. Datuk Roland Sagah Wee Inn Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

 ?? ?? RASMI: Sagah memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian Perhimpuna­n Agung Tritahunan Ke-10 DBNA disaksikan yang lain.
RASMI: Sagah memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian Perhimpuna­n Agung Tritahunan Ke-10 DBNA disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia