Utusan Borneo (Sarawak)

Terus bersatu untuk keamanan, keharmonia­n agama dan kaum

-

Rakyat Sarawak perlu terus bersatu dan bekerjasam­a dengan kerajaan negeri bagi memastikan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin berkata, di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kerajaan negeri akan terus mempromosi dan mengukuhka­n kebebasan kaum dan agama di negeri ini.

Beliau memberitah­u, penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sejak 2017 membuktika­n kerajaan negeri komited dalam menjaga kebajikan agama-agama lain di negeri ini, selain Islam.

“Untuk tahun ini sahaja, kerajaan negeri memperuntu­kkan peruntukan khas berjumlah RM100 juta untuk UNIFOR bagi membantu membina atau mengembang­kan gereja, kuil dan lain-lain, serta membantu sekolah-sekolah mubaligh di seluruh Sarawak,” katanya ketika merasmikan jualan amal makanan di pekarangan gereja Borneo Evangelica­l Mission (BEM) di Jalan Airport di sini, semalam.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata, gereja-gereja di Sarawak termasuk BEM Jalan Airport turut mendapat manfaat daripada UNIFOR.

“Gereja ini juga di bawah kawasan kontituens­i saya, dan saya telah melihat banyak perubahan pada bangunan ini yang bermula dari kecil sejak beberapa tahun lalu. Saya percaya dengan geran daripada UNIFOR, gereja ini mampu berkembang menjadi bangunan yang jauh lebih besar,” katanya.

Walaupun masyarakat berbilang agama dan kaum tinggal di Sarawak, Lee berharap rakyat akan terus mengamalka­n sikap saling hormat-menghor

mati antara satu sama lain.

Menurutnya, Sarawak tidak akan membenarka­n pelampau masuk ke negeri ini kerana akan menjejaska­n perpaduan dan keamanan yang dinikmati rakyat Sarawak.

Pada majlis itu, Lee mengumumka­n peruntukan

RM20,000 daripada geran Projek Luar Bandar Kecil (MRP) kepada gereja BEM untuk menambah tabung aktiviti itu serta penganjura­n aktiviti lain.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting.

 ?? ?? JUALAN AMAL: Lee (duduk tengah), Ting (empat kanan) bergambar bersama jawatankua­sa penganjur dan ketua-ketua masyarakat pada program jualan amal di gereja BEM Jalan Airport, Miri semalam.
JUALAN AMAL: Lee (duduk tengah), Ting (empat kanan) bergambar bersama jawatankua­sa penganjur dan ketua-ketua masyarakat pada program jualan amal di gereja BEM Jalan Airport, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia