Utusan Borneo (Sarawak)

Sagah sokong penubuhan kasino di Puncak Borneo

-

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn menyokong penubuhan kasino di Puncak Borneo dengan harapan ia akan menjana ekonomi penduduk tempatan.

Ujar Sagah, cadangan penubuhan kasino ini tidak seharusnya dilihat dari aspek perjudian sahaja, tetapi juga dari aspek pembanguna­n ekonomi yang akan dibawa oleh pelabur.

“Kita berharap pelabur luar yang datang juga boleh membangunk­an taman tema misalnya selain kasino, hotel, untuk orang tempatan mencari rezeki. Ini harapan kita.

“Malah apabila ramai pengunjung yang datang ke kawasan kita, sudah tentu hasil tanaman penduduk tempatan misalnya juga akan laris.

“Jadi jangan melihat dari aspek perjudian sahaja kerana kita juga tidak mahu rakyat kita menjadi kaki judi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpuna­n Agung Tritahunan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Ke-10 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat DBNA di sini, semalam.

Tambah Sagah, meskipun beliau menyokong cadangan penubuhan kasino ini di Puncak Borneo, namun beliau tidak tahu sama ada cadangan itu dapat direalisas­ikan atau tidak.

Beliau katanya, juga sedar ada pihak yang tidak menyokong cadangan ini dan berpendapa­t bahawa penubuhan kasino adalah tidak bagus untuk masyarakat.

Manakala dari segi pemberian lesen pula katanya, ia adalah terpulang kepada kerajaan kerana lesen dikeluarka­n oleh kerajaan.

Mengenai pusat konvensyen di Serian, Sagah berkata butiran terperinci akan diumumkan kelak.

Tetapi katanya pusat konvensyen ini akan dirasmikan Premier Sarawak yang dijadualka­n pada 15 Julai depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia