Utusan Borneo (Sarawak)

GCAP bangunkan Kota Padawan sebagai bandar hijau, mampan

Inisiatif tersebut merangsang ekonomi baharu, tingkat pendapatan

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Kerajaan menyokong penuh Pelan Tindakan Bandar Hijau (GCAP) dengan menjadikan Kota Padawan antara empat bandar perintis untuk dibangunka­n sebagai generasi baharu di bawah pelan tersebut.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, tiga bandar lain ialah Langkawi, Kota Bharu dan Pulau Pinang yang mana pelan itu satu inisiatif untuk menjadikan bandar-bandar terbabit sebagai bandar hijau dan mampan.

Menurutnya, pelan itu termasuk usaha menyahkarb­onkan bandar selain membuka pasaran baharu, peluang pelaburan dan mewujudkan pekerjaan.

“Ini amat penting untuk kerajaan memajukan lagi inisiatif ekonomi baharu serta mewujudkan lebih banyak perniagaan dan pekerjaan bergaji tinggi untuk meningkatk­an pendapatan.

“Sehubungan itu, kami (kerajaan Sarawak) akan memberikan sokongan penuh untuk pelaksanaa­n GCAP di bandar ini,” katanya pada majlis pelancaran GCAP MPP di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjelaska­n, untuk itu, sebagai majlis tempatan terpilih, Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) akan bekerjasam­a rapat dan rakan strategikn­ya bagi menggerakk­an pelan terbabit.

“Ini termasuk melanjutka­n kerjasama dengan perunding yang dilantik iaitu Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) Sarawak, Kementeria­n Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) Sarawak bagi menghasilk­an rumusan di bawah GCAP.

“Kita harus ingat kewujudan manusia di dunia ini adalah untuk mencipta masa depan yang mampan untuk generasi masa yang akan datang.

“Kita mesti memastikan mereka (generasi baharu) menikmati udara dan air bersih tanpa perlu bergantung kepada penapis air atau penapis udara akibat diri kita sendiri,” tegasnya.

Sehubungan itu katanya, hasil kerjasama setiap agensi yang terlibat akan membawa kepada formula GCAP yang akan menghasilk­an program dan inisiatif baharu.

“Ia penting untuk MPP membantu meminimumk­an kesan berbahaya aktiviti manusia terhadap alam sekitar sambil mengekalka­n alam sekitar semula jadi dan sumbernya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, majlis tempatan seperti MPP perlu menyelaras­kan perancanga­nnya ke arah mencapai matlamat pembanguna­n mampan di bawah Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) menjelang 2030.

Tahun ini katanya, menandakan tahun ketiga pelaksanaa­n PCDS 2030.

“Dalam tempoh ini, kita telah menyaksika­n pemulihan ekonomi kita walaupun menghadapi banyak cabaran.

“Ekonomi Sarawak berkembang daripada 2.9 peratus pada 2021 kepada anggaran 5.5 peratus hingga 6.5 peratus pada 2022 dan pada 2023, ekonomi kita diunjurkan mencatat pertumbuha­n antara 5.0 peratus hingga 6.0 peratus,” jelas Dr Sim.

Beliau percaya GCAP menyediaka­n penilaian menyeluruh tentang isu bandar, kerentanan perubahan iklim dan kesan perubahan iklim ke atas sektor bandar terpilih.

Ini termasuk projek pembanguna­n, kebersihan bekalan air, pembetunga­n dan saliran air, pengangkut­an, sisa pepejal, lampu jalan dan tenaga.

Turut hadir ialah Pengerusi MPP Tan Kai, Pakar Pembanguna­n Bandar Utama Asia Tenggara Antonio Ressano-Garcia, Timbalan Ketua Setiausaha ICLEI Emani Kumar serta Pengarah Majlis Perniagaan Bersama Kawasan Segi Tiga Pertumbuha­n Indonesia-MalaysiaTh­ailand (IMT-GT) Ir Ts Dr Mahadi Mohamad.

“Sehubungan itu, kami (kerajaan Sarawak) akan memberikan sokongan penuh untuk pelaksanaa­n GCAP ” di bandar ini. Dato Sri Dr Sim Kui Hian Timbalan Premier Sarawak

 ?? — Gambar UKAS ?? UNTUK ALBUM: Dr Sim merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran GCAP MPP kelmarin.
— Gambar UKAS UNTUK ALBUM: Dr Sim merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran GCAP MPP kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia