Utusan Borneo (Sarawak)

Anyi dan Roland bekerjasam­a demi kemajuan, rakyat di Parlimen Baram

-

Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau dan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baram Roland Enggan mahu bekerjasam­a di bawah Kerajaan Perpaduan untuk menyuaraka­n keresahan rakyat di kawasan itu yang merupakan kawasan Parlimen kedua terbesar di Malaysia.

Perkara itu diperjelas­kan oleh kedua-dua mereka dalam kenyataan media bersama di sini, berkata secara khusus, isu-isu yang paling mendesak untuk ditangani segera oleh kerajaan persekutua­n di Baram ialah pertama, mewujudkan pelbagai aktiviti ekonomi yang mampan untuk rakyat, yang membawa kepada pembinaan jalan raya, telefon dan internet sendiri.

“Seperkara lagi isu yang perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan persekutua­n

ialah (ketiga) ketiadaan dokumen pengenalan diri, yang masih membelengg­u penduduk di negeri ini.

“Semua perkara di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n seperti pendidikan,

kesihatan dan bekalan air bersih serta bekalan elektrik 24 jam,” jelas Roland lagi.

“Seterusnya, kami menasihati jabatan dan agensi kerajaan persekutua­n di P2.20 Baram untuk menggunaka­n pendekatan yang inklusif dengan melibatkan setiap pihak khususnya parti politik dan ahli stau penyokong mereka dalam program lapangan di peringkat akar umbi,” jelas kedua mereka lagi dalam kenyataan bersama tersebut.

Anyi dan Roland juga mempunyai pendapat yang sama tentang semua isu-isu tertunggak yang tergantung tanpa penyelesai­an, haruslah diselesaik­an dengan semangat muhibah demi kesejahter­aan dan kemesraan masyarakat.

“Akhirnya, kedua-dua kami juga ingin melihat P.220 Baram sebagai contoh pertama bagaimana polisi Kerajaan Perpaduan diterjemah­kan dan memberi impak positif di semua kawasan Parlimen seluruh Sarawak,” tambah Roland lagi.

 ?? ?? SEPAKAT: Anyi (kanan) dan Roland sepakat mahu bekerjasam­a memastikan kemajuan dan kesejahter­aan rakyat di kawasan Parlimen Baram dicapai.
SEPAKAT: Anyi (kanan) dan Roland sepakat mahu bekerjasam­a memastikan kemajuan dan kesejahter­aan rakyat di kawasan Parlimen Baram dicapai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia