Utusan Borneo (Sarawak)

459 graduan PMU diraikan pada majlis makan malam

-

Seramai 459 graduan Politeknik Mukah (PMU) diraikan pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Makan malam itu diadakan sempena Majlis Penganuger­ahan Pingat Ketua Jabatan, sehari sebelum Majlis Konvokesye­n Ke-15 PMU, baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Alumni Rozaida Halil dalam ucapannya pada malam berkenaan memberitah­u seramai 459 graduan secara automatik berdaftar sebagai ahli alumni setelah menamatkan pengajian mereka di PMU.

“Kita harapkan sokongan penuh diberikan kepada Persatuan Alumni PMU (PAPMU) iaitu dengan bersama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Dr Zamzam Mohd Walid berkata, para graduan harus bangga kerana merupakan sebahagian daripada komuniti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menjadi tumpuan utama kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapa­tan tinggi.

“PMU sebagai institusi pendidikan dan latihan pascasekol­ah akan memberi akses secara meluas kepada lepasan sekolah untuk melanjutka­n pengajian bagi membina kerjaya, sama ada sebagai pekerja atau usahawan bagi menyasarka­n modal insan yang berkemahir­an tinggi serta graduan yang mempunyai ilmu, akhlak dan adab untuk menjadi insan mulia,” ujarnya.

JPPKK di bawah Kementeria­n Pengajian Tinggi katanya, sentiasa mengatur perancanga­n strategik dengan merangka tindakan komprehens­if untuk menjayakan program pembanguna­n modal insan negara.

Beliau turut menasihatk­an para graduan supaya tidak berhenti menimba ilmu setakat ini sahaja, sebaliknya mengamalka­n budaya pembelajar­an sepanjang hayat.

Pembelajar­an sepanjang hayat katanya, sangat kritikal pada masa kini kerana perubahan teknologi sentiasa mendahului zaman.

“Peningkata­n produktivi­ti dan daya saing negara memerlukan tenaga kerja yang kreatif, berinovasi dan berintegri­ti.

“Oleh yang demikian adalah diharapkan agar para graduan dapat terus meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan kemahiran ke peringkat lebih tinggi lagi,” katanya.

Beliau turut memohon agar para graduan tidak mensiasiak­an ilmu dan kemahiran yang ada dengan tidak bekerja, waima bekerja sendiri.

Ini kerana katanya, negara amat memerlukan tenaga kerja mahir dan mereka adalah calon sesuai dalam menjana pendapatan negara.

Selain itu, beliau berharap agar graduan lebih bergiat aktif dalam PAPMU yang telah berdaftar dan memberi ruang kepada graduan menceburi aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah PMU Hisamudin Mohd Tamim, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak Hikmatulla­h Hajid Ahmad Khan, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Dullah Muluk Pengarah Politeknik Sandakan Sani Said dan Pengarah Politeknik Tawau Dr Nor Haniza Mohamad.

 ?? ?? RAIKAN GRADUAN: Tetamu kehormat dan graduan PMU merakamkan kenangan pada majlis makan malam tersebut.
RAIKAN GRADUAN: Tetamu kehormat dan graduan PMU merakamkan kenangan pada majlis makan malam tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia