Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Gawai perkasa perpaduan dalam masyarakat madani

DTTAS gesa kerajaan persekutua­n iktiraf Gawai di Sarawak dan Kaamatan di Sabah sebagai cuti umum seluruh negara “

- Oleh Clare Cinderella Ricky Sani Timbalan Presiden Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS)

MIRI: Disambut pada 1 Jun, setiap tahun di negeri ini, perayaan Hari Gawai dalam pengertian­nya adalah hari kesyukuran kepada “Petara” (Tuhan) yang mengurniak­an rezeki, dengan hasil tuaian yang baik setiap tahun dan diraikan oleh suku kaum terbesar di negeri ini.

Ia juga merupakan cuti umum, yang hanya dikuatkuas­akan di negeri ini sahaja dan seiring dengan perkembang­an masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini, Hari Gawai Dayak bukan hanya diraikan oleh kaum Dayak semata-mata.

Malah dengan perkahwina­n campur dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan etnik di negeri ini menjadikan perayaan Hari Gawai Dayak menjadi satu simbol perpaduan yang amat kukuh untuk Sarawak.

“Ia disifatkan sebagai perayaan paling siginifika­n kerana ia diraikan bukan sahaja oleh masyarakat Iban malah suku kaum Dayak lain yang terdiri daripada masyarakat Bidayuh serta Orang Ulu,” demikian menurut Timbalan Presiden Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS), Ricky Sani, dalam kenyataan media bersama Pegawai Komunikasi Media DTTAS, Nelly Tawai di sini, semalam.

“Hari Gawai adalah salah satu daripada perayaan terbesar dan sambutan Hari Gawai juga adalah antara perayaan tradisi kebudayaan di Sarawak.

“Ia juga simbol perpaduan dan keharmonia­n melambangk­an masyarakat berbilang kaum di Sarawak dan negara ini amnya,” katanya lagi.

Hari ini, perayaan Hari Gawai Dayak harus dievolusi dengan kepelbagai­an kaum dan budaya untuk menghargai sumber ekonomi dan seterus boleh membantu memperkasa­kan perpaduan dan konsep masyarakat madani, yang diperkenal­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, bagi mencapai matlamat itu, maka perayaan Hari Gawai Dayak perlu diperluask­an peranan dan memberi peluang kepada masyarakat Dayak yang berada di negeri-negeri

lain dalam Malaysia (selain Sarawak) untuk meraikan dan seterusnya memperkena­lkan konsep perpaduan yang terkandung dalam perayaan itu sendiri, sebagaiman­a ia disambut di Sarawak, jelas Ricky.

“Oleh yang demikian, kita menggesa kerajaan persekutua­n untuk mengiktira­f perayaan Hari Gawai Dayak yang disambut pada 1 Jun di Sarawak dan Hari Kaamatan

pada 30 Jun di Sabah, sebagai cuti umum seluruh negara.

“Pengiktira­fan ini akan melengkapk­an konsep ‘Malaysia Madani’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengisytih­aran cuti ini amat penting kerana ia memberi gambaran akan layanan yang lebih baik daripada kerajaan persekutua­n terhadap Wilayah Sabah dan

Sarawak,” tambah beliau lagi.

Salah satu tuntutan penting menjadi asas rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia adalah tuntutan menjamin hak istimewa peribumi Sabah dan Sarawak.

Tuntutan penting itu termaktub dalam Perkara 153 (1) Perlembaga­an Persekutua­n yang menyebut ‘menjadi tanggungja­wab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana negeri Sabah dan Sarawak’.

Dalam perutusan bersama menjelang Hari Gawai Dayak tahun ini, kedua-dua mereka bersetuju bahawa pengisytih­aran cuti 1 Jun bagi seluruh Malaysia ini juga amat penting kerana ia dilihat memberi gambaran yang lebih baik layanan kerajaan persekutua­n terhadap negeri Sabah dan Sarawak.

“Pengisytih­aran cuti 1 Jun ini juga akan memberi peluang kepada masyarakat Dayak yang berkerja dan tinggal di Semenanjun­g Malaysia dan di Sabah untuk merayakan perayaan Hari Gawai ini kediaman mereka di perantauan tanpa perlu mengambil cuti dan pulang ke kampung halaman mereka di Sarawak,” demikian menurut kenyataan itu lagi.

Mengulas lanjut, Ricky berkata sambutan di tempat kerja dan kediaman mereka ini juga akan memberi pengetahua­n, pemahaman budaya dan tradisi kepada rakan dan taulan mereka, mengenai keunikan masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam kenyataan sama, Nelly berkata amalan saling menghormat­i antara pelbagai agama dan kaum adalah kekuatan kestabilan politik, keamanan dan keharmonia­n dalam kepelbagai­an masyarakat di Sarawak dan Sabah selama ini.

“Oleh itu kita harap ia dapat dipupuk di seluruh Malaysia dengan adanya perayaan Kaamatan dan Gawai Dayak di seluruh negara,” tambah beliau lag.

Ia juga simbol perpaduan dan keharmonia­n melambangk­an masyarakat berbilang kaum di Sarawak dan negara ” ini amnya.

 ?? ?? NELLY
NELLY
 ?? ?? RICKY
RICKY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia