Utusan Borneo (Sarawak)

SIAM dedah pelbagai upacara ‘miring’ pada majlis pra-Gawai di Rumah Morris

-

Serakup Iban Adat Miring (SIAM) telah berjaya menganjurk­an praGawai di Rumah Morris, Nanga Lipus di sini, barubaru ini.

Menurut pengerusi protemnya Seman Agan, objektif utama majlis tersebut adalah untuk memelihara warisan budaya masyarakat Iban khususnya bagi mereka yang bukan beragama Kristian dan masih mengamalka­n agama adat Iban yang berasaskan ritual amalan kerohanian yang disebut ‘miring’ dalam bahasa Iban.

Katanya, SIAM juga telah mengambil peluang pada majlis tersebut untuk menunjukka­n kepada semua tetamu yang hadir khususnya masyarakat Iban di Sarawak dan Brunei bahawa pelbagai peringkat upacara ‘miring’ dilakukan sebelum upacara utama dilakukan dalam majlis tersebut.

Sebagai penganjur ujarnya lagi, SIAM pada peringkat awalnya telah mempamerka­n upacara menyambut tetamu yang disebut ‘Piring Alu Pengabang’.

“Upacara itu telah dilakukan di halaman rumah panjang berkenaan, sebelum para tetamu naik ke rumah panjang tersebut.

“Di peringkat upacara ‘miring’ ini dilakukan oleh ketua-ketua kumpulan tetamu khas yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Dayak seperti Persatuan Iban Brunei, Persatuan Iban Limbang, Persatuan Labung Mansau, Raban Semada

Borneo dan Kaban Menyadi,” katanya.

Seman memberitah­u, semasa upacara ‘miring’ ini, seorang ‘lemambang’ atau ketua upacara yang ditugaskan khas oleh penganjur memohon berkat daripada Tuhan melalui dewa dewi yang berkenaan supaya semua yang hadir ke majlis Gawai ini selamat daripada apa-apa malapetaka dan perkara tidak diingini.

Selepas uparaca ‘miring’ tersebut, beliau berkata, para tetamu dipelawa naik ke rumah untuk upacara Gawai seterusnya.

“Semasa menaiki tangga, beberapa orang gadis Iban yang berpakaian tradisiona­l akan menyambut mereka dengan hidangan minuman tuak sebagai tanda hormat dan adat kehadiran tetamu mereka.

“Setelah semua tetamu naik ke rumah panjang dan duduk di ruai, mereka telah dihidangka­n pelbagai jenis makanan dan minuman.

“Selepas berehat dan santai tersebut, upacara ‘miring ngetas pintu’ dilakukan oleh ketua-ketua tetamu khas,” ujar Seman.

Upacara ‘miring’ seterusnya katanya, ialah upacara mendirikan ‘ranyai’ iaitu suatu permainan tradisiona­l Iban di mana sebelum ‘ranyai’ itu ditumbangk­an oleh para tetamu khas, permainan tradisiona­l lain seperti ngajar, penca silat dan sebagainya akan dimainkan mengelilin­gi ‘ranyai’ tersebut yang merupakan sebatang pokok pisang yang didirikan khas dalam upacara ‘miring’ itu.

Menurutnya lagi, selepas upacara mendirikan ‘ranyai’ tersebut, SIAM telah mengajak tetamu mereka mengadakan upacara berjalan ‘meniti ruai’ sebagai upacara mengalu-alukan kehadiran tetamu dewa dewi yang dipercayai turut hadir bersama mereka semasa majlis Gawai tersebut.

Upacara utama sebagai kemuncak semasa Gawai tersebut ialah upacara ‘miring Bedara Mansau’,” ujarnya lagi.

Seman berkata, objektif upacara ritual tersebut ialah sebagai memohon berkat dan tuah daripada Tuhan melalui dewa dewi yang berkenaan supaya SIAM dan NGO lain yang hadir dalam Gawai tersebut berjaya dalam pelbagai usaha mereka.

Selepas upacara ‘miring’ petang itu, seekor khinzir yang diperuntuk­kan khas dalam upacara ‘Bedara Mansau’ tersebut disembelih untuk mendapatka­n hatinya yang dipercayai dapat menilik nasib SIAM dan NGO yang lain.

Menurut Seman, nasib dan tuah yang diperlihat­kan secara maya dan spiritual pada binatang tersebut adalah dan sempurna.

Pelbagai usaha yang dijalankan oleh NGO tersebut jika segalanya mengikut adat dan undang-undang, akan berjaya sepenuhnya.

Majlis tersebut telah berterusan hingga ke malam dengan pelbagai persembaha­n tradisiona­l Iban dan sebagainya.

 ?? ?? PELIHARA ADAT: Beberapa orang ahli SIAM sebagai penganjur majlis pra-Gawai di Nanga Lipus, Kanowit baru-baru ini.
PELIHARA ADAT: Beberapa orang ahli SIAM sebagai penganjur majlis pra-Gawai di Nanga Lipus, Kanowit baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia