Utusan Borneo (Sarawak)

29 bakal jemaah haji dari Limbang terpilih tunai fardu haji tahun ini

-

Seramai 29 bakal jemaah haji dari Bahagian Limbang terpilih untuk menunaikan fardu haji tahun ini berbanding hanya 14 orang pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah (MFICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 50 peratus pada tahun ini.

“Alhamdulil­lah... jemaah haji dari Limbang seperti tahun-tahun sebelum COVID-19 ramai terpilih untuk mengerjaka­n haji.

“Mengikut data dari Tabung HajiLimban­g,seramai50o­rang terpilih bagi Bahagian Limbang, tetapi oleh kerana Arab Saudi memikirkan kesihatan jemaah, semua jemaah disaring semula dan selepas saringan hanya 29 layak menunaikan haji tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Doa Selamat BakalBakal Haji Bagi Bahagian Limbang di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang malam kelmarin.

Turut hadir ialah Pengurus

Tabung Haji Limbang, Musapir Abdullah dan Bendahari Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang, Mahmud Abdul Hamid.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, kerajaan Arab Saudi tahun ini membuka kuota penuh tanpa sekatan umur dan Malaysia mendapat kuota 31,000 jemaah mengerjaka­n haji tahun ini.

“Daripada jumlah tersebut,

kira-kira 500 orang jemaah haji untuk negeri Sarawak terpilih mengerjaka­n ibadah haji,” jelasnya.

Dr Abdul Rahman menasihati bakal haji di negeri ini membuat persediaan dan mengambil langkah perlu bagi menjaga kesihatan masing-masing dalam persekitar­an cuaca panas mencecah 45 darjah celcius.

“Keadaan cuaca di Madinah dan Mekah adalah panas dan

kering berbeza di Malaysia dengan panas dan lembab.

“Saya menasihatk­an jemaah haji kita menjaga kesihatan mereka di sana, lebih-lebih lagi sekarang ini dunia dilanda gelombang haba,” katanya.

Suhu pada waktu siang boleh menjangkau sehingga 45 darjah Celsius dan sangat berbahaya justeru jemaah haji dinasihat supaya menjaga kesihatan agar mereka tidak terdedah cuaca panas melampau.

 ?? ?? KENANGAN: Dr Abdul Rahman (berdiri, enam kiri), Musapir (lapan kiri), Mahmud (berdiri kanan) bersama sebahagian jemaah haji dari Limbang malam kelmarin.
KENANGAN: Dr Abdul Rahman (berdiri, enam kiri), Musapir (lapan kiri), Mahmud (berdiri kanan) bersama sebahagian jemaah haji dari Limbang malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia