Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Rakyat tawar Pembiayaan Peribadi-i Swasta (Eksklusif ) kepada profesiona­l swasta

-

Bank Rakyat kinimenawa­rkanPembia­yaan Peribadi-i Swasta (Eksklusif) kepada kakitangan profesiona­l daripada sektor swasta dengan amaun pembiayaan sehingga RM400,000 menerusi kadar pembiayaan yang kompetitif serendah 3.27 peratus setahun.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, pelanggan yang melanggan produk pembiayaan itu dari 15 Mei sehingga 31 Oktober 2023 turut berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruha­n berjumlah RM150,000 berupa baucar Habib Jewels yang mana seramai lima pemenang bertuah akan dipilih setiap bulan sepanjang kempen itu berlangsun­g.

Golongan profesiona­l berkenaan dengan gaji minimum sebanyak RM5,000 ke atas bagi jawatan tetap dan RM8,000 ke atas bagi jawatan kontrak layak untuk memohon pembiayaan terbabit dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

“Sektor swasta dan GLC berperanan penting dalam membangun dan mempertaha­nkan kemajuan sosioekono­mi negara, termasuk dalam perkembang­an model perniagaan inklusif yang menggalakk­an pembabitan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam rantaian bekalan negara.

“Justeru, langkah proaktif Bank Rakyat dalam penyediaan produk Pembiayaan Peribadi-i khusus bagi kakitangan sektor ini adalah bertepatan dengan tonggak daya cipta, kesejahter­aan dan kemampanan di bawah nilai Malaysia Madani yang dijangka dapat memacu pelbagai inisiatif kerajaan melalui Belanjawan 2023,” ujar kenyataan itu.

Selain menawarkan Pembiayaan Peribadi-i, Bank Rakyat turut menawarkan produk pembiayaan runcit patuh syariah, antaranya Pembiayaan Kenderaan-i, Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pajak Gadaii serta pembiayaan perniagaan seperti Pembiayaan Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan

Sederhana.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat menerusi talian 1300 80 5454 atau kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampira­n serta ikuti media sosial rasmi @mybankraky­at.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia