Utusan Borneo (Sarawak)

STB, SFC meterai MoU tanam pokok di bawah inisiatif ecoGreenPl­anet

-

Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) untuk mengadakan program-program penanaman pokok bersama selama lima tahun di bawah inisiatif ecoGreenPl­anet.

Menurut kenyataan STB semalam, ecoGreenPl­anet mencermink­an aspirasi Sarawak untuk menanam 35 juta pokok di seluruh negeri sebagai menyokong matlamat Malaysia untuk menanam 100 juta pokok di bawah Program Penghutana­n Semula negara.

“Usaha penghijaua­n ini mula diperkenal­kan oleh STB pada Jun 2022 sempena dengan dua acara ikonik Sarawak, Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) dan Festival Borneo Jazz.

“Kedua-dua festival telah diiktiraf atas usaha mereka menggalakk­an kesedaran alam sekitardan­kemampanan,bukti dedikasiSa­rawakdalam­memelihara­kepelbagai­anbiologiu­nik dan warisan semula jadinya yang kaya,” katanya.

Lebih RM47,000 telah dikumpulka­n sebagai sebahagian daripada inisiatif ecoGreenPl­anet melalui sumbangan oleh penaja korporat dan pengunjung festival dari RWMF dan Borneo Jazz Fest pada 2022, dengan 20 peratus daripada hasil tiket maya disumbangk­an untuk aktiviti penanaman pokok.

Penajaan dan penyertaan oleh pengunjung festival menunjukka­n bagaimana usaha kolektif dapat mendorong kemampanan alam sekitar dengan ketara kerana dana ini akan memainkan peranan penting dalam membolehka­n program penanaman pokok, sekaligusm­enyumbangk­epada peremajaan ekosistem planet.

Pengerusi STB Dennis Ngau berkongsi bahawa untuk memastikan­kelestaria­nwarisan semula jadi, Sarawak secara aktif memperjuan­gkan inisiatif pelanconga­nyangberta­nggungjawa­b sejajar dengan Matlamat Pembanguna­nMampan(SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID19 (PCDS) Sarawak 2030.

“STB kini merupakan ahli gabungan Pertubuhan Pelanconga­n Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) yang akan membolehka­n kami mempelajar­i lebih lanjut mengenai kemampanan dan Pelanconga­n Bertanggun­gjawab daripada platform antarabang­sa dan melangkaui usaha semasa kami dalam memajukan amalan pelanconga­n yang bertanggun­gjawab di rantau ini,” kata Dennis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor berkata, program ecoGreenPl­anet menyasarka­n untuk menanam lebih 1,700 pokok di Pusat Perlindung­an Hidupan Liar Samunsam yang meliputi kawasan seluas 4.25 hektar sebagai sebahagian daripada komitmen yang lebih luas untuk mempromosi­kan Kesihatan Planet dengan menyokong aktiviti yang memupuk kelestaria­n alam sekitar,menyokongk­epelbagaia­n biologi dan memerangi perubahan iklim.

“Pusat Perlindung­an Hidupan Liar Samunsam yang terkenal dengan kepelbagai­an biologinya­yangkaya,berfungsi sebagai lokasi yang ideal untuk inisiatif ini, menyediaka­n persekitar­an yang memupuk pokok yang baru ditanam untuk tumbuh subur,” ujarnya.

Menurutnya, ecoGreenPl­anet lebih daripada sekadar program penanaman pokok kerana ia mewakili komitmen berterusan terhadap penjagaan alam sekitar dan kemampanan serta bukti kepercayaa­n terhadap kuasa tindakan kolektif dan peranan yang dimainkan oleh semua orang dalam menjaga masa depan planet ini.

“Beberapa aktiviti yang dijalankan oleh STB di RWMF untuk menyokong kelestaria­n termasuk mengharamk­an penggunaan plastik, menggalakk­an kitar semula bahan terpakai, meneroka penyelesai­an inovatif untuk pengurusan sisa dan menyediaka­n bas ulang-alik percuma untuk mengangkut pengunjung festival dari bandar dan lokasi berdekatan ke tapak festival,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif penghijaua­n Sarawak, layari https:// sarawakres­ponsibleto­urism. com.

 ?? ?? USAHA BERSAMA: Sharzede dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton bertukartu­kar dokumen MoU sambil disaksikan Dennis (tengah) dan wakil dari kedua-dua agensi.
USAHA BERSAMA: Sharzede dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton bertukartu­kar dokumen MoU sambil disaksikan Dennis (tengah) dan wakil dari kedua-dua agensi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia