Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah kekurangan bekalan tong gas di Sibu sudah diatasi

Punca masalah sebelum ini berkaitan tarikh luput penggunaan

- Oleh Reno Benjamin Ahli Parlimen Sibu

SIBU: Masalah kekurangan tong gas yang berlaku di sini sebelum ini telah berjaya diatasi, sekali gus membolehka­n Pusat Khidmat P.212 Sibu melaksanak­an kembali program penjualan gas subsidi khas.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, masalah kekurangan sebelum ini timbul berikutan banyak tong gas lama yang telah mencapai tarikh luput penggunaan­nya.

“Pada awalnya, masalah disebabkan tong gas sudah sampai tarikh luput penggunaan­nya dan mesti ditukar dengan tong yang baharu. Setiap tujuh atau sembilan tahun (tong) perlu ditukar.

“Pada masa itu, berlaku kekurangan tong gas dan menyebabka­n seluruh pasaran kekurangan bekalan tong gas,” ujarnya kepada pemberita pada program jualan gas subsidi khas di Terminal Feri Jabatan Kerja Raya (JKR), Sungai Bidut semalam.

Menurut Ling, masalah kekurangan tong gas itu kini sudah diatasi dan bekalan di pasaran juga mencukupi, membolehka­n program jualan gas subsidi itu dibuat untuk musim perayaan Hari Gawai Dayak.

Menyentuh lanjut mengenai program, beliau berkata ia salah satu usaha Pusat Khidmat P.212 Sibu untuk membantu rakyat sempena Hari Gawai Dayak, terutama mereka yang tinggal di Sungai Bidut dan kawasan sekitar.

“Diharap dengan harga subsidi RM20 setong, boleh membantu meringanka­n beban rakyat dalam menyambut Gawai. Kita tahu setiap keluarga mempunyai atau memerlukan gas memasak ini.

“Gas memasak ini merupakan satu keperluan harian rakyat dan dengan usaha ini, kita berharap ia dapat membantu rakyat secara langsung,” jelas Ling sambil

menambah sejumlah 500 tong gas disediakan bagi program tersebut.

Program yang bermula jam 7.30 pagi hingga 11 pagi itu telah mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai.

Dalam pada itu ujar Ling, Pusat Khidmatnya juga menawarkan tiket wayang percuma kepada orang ramai bagi menonton filem ‘Anwar: The Untold Story’ di King’s Trioplex pada 4 Jun ini, jam 7 malam.

“Sesiapa yang berminat, boleh datang ke Pusat Khidmat P.212 Sibu mulai Isnin ini (29 Mei) atau menghubung­i 084-322001. Tiket adalah percuma dan terhad kepada 170 kerusi atau orang sahaja,” katanya.

“Pada awalnya, masalah disebabkan tong gas sudah sampai tarikh luput penggunaan­nya dan mesti ditukar dengan tong yang baharu. Setiap tujuh atau sembilan tahun (tong) perlu ” ditukar. Oscar Ling

 ?? ?? SUBSIDI KHAS: Ling (kanan) membantu kakitangan­nya memunggah tong gas ke dalam kenderaan sempena program jualan gas subsidi khas anjuran Pusat Khidmat P.212 Sibu.
SUBSIDI KHAS: Ling (kanan) membantu kakitangan­nya memunggah tong gas ke dalam kenderaan sempena program jualan gas subsidi khas anjuran Pusat Khidmat P.212 Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia