Utusan Borneo (Sarawak)

Wong tunai janji tubuhkan Persatuan E-Hailing Sibu

-

SIBU: Wong Ching Yong mengotakan janjinya untuk menubuhkan Persatuan E-Hailing Sibu untuk semua pengendali e-hailing di Sibu.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) itu berkata, semasa kempen pilihan raya tahun lalu, janji beliau untuk menubuhkan Persatuan EHailing Sibu kini menjadi kenyataan.

“Semasa kempen pilihan raya tahun lepas, ramai pengendali e-hailing memberitah­u saya bahawa mereka menghadapi banyak masalah dan saya memberitah­u mereka sama ada saya menang atau kalah, saya akan membantu mereka menubuhkan persatuan yang dipanggil persatuan e-hailing.

“Jadi, apabila berlaku sebarang isu dalam e-hailing mereka mempunyai entiti untuk berkembang bersama dan menjadi suara yang lebih kuat kepada isu berkaitan.

“Beberapa masalah yang mereka hadapi ialah kos yuran yang mereka terima adalah sangat rendah. Jadi, mereka berharap mereka dapat memperoleh yuran yang lebih baik.

“Mereka juga menghadapi banyak saingan daripada kereta ‘sapu’ tanpa lesen terutamany­a di lapangan terbang.

Pada masa ini terdapat kirakira 300 kereta Grab berlesen di Sibu,” kata Wong pada sidang media di sini, semalam.

Wong juga berkata, tujuan persatuan itu ditubuhkan adalah untuk memperjuan­gkan kepentinga­n dan faedah pemandu Grab.

“Melalui persatuan ini, mereka mempunyai suara yang kuat untuk memperjuan­gkan kepentinga­n dan faedah mereka sebagai pengendali e-hailing.

“Persatuan ini terbuka kepada pemandu e-hailing berbilang kaum,” tambah Wong.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankua­sa Protem Peter Goh serta yang lain.

 ?? ?? JANJI DITUNAI: Wong (enam kiri) menyampaik­an sijil Persatuan E-Hailing Sibu kepada Goh sambil disaksikan oleh yang lain.
JANJI DITUNAI: Wong (enam kiri) menyampaik­an sijil Persatuan E-Hailing Sibu kepada Goh sambil disaksikan oleh yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia