Utusan Borneo (Sarawak)

Perjelas status terkini projek PPR Seduan: Wong

Projek tersebut seolah-olah tertangguh, justeru menimbulka­n kebimbanga­n tentang status semasanya

- Oleh Borhaniza Ali Basah Timbalan Pengerusi MDLBS

Apabila saya hendak membuat pemeriksaa­n ke tapak, saya mendapati pagar tapak projek berkenaan berkunci. Dua minggu lepas, saya sekali lagi pergi ke sana dan pagar masih berkunci.

SIBU: Kontraktor yang bertanggun­gjawab atau Kementeria­n Pembanguna­n Kerajaan Tempatan (KPKT) dituntut untuk menjelaska­n status terkini Program Perumahan Rakyat (PPR) Seduan di Sibu Jaya yang belum menunjukka­n tanda akan siap.

Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Wong Ching Yong pada sidang media semalam mendakwa, projek berkenaan seolah-olah tertangguh, justeru menimbulka­n kebimbanga­n tentang status semasanya.

“Pihak berkenaan sebelum ini memaklumka­n kepada Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian bahawa projek itu dijangka siap April tahun ini.

“Bagaimanap­un, ia kini menghampir­i penghujung Mei, dan kedua-dua pihak mesti menjelaska­n perkembang­an itu kepada Dr Sim,” ujarnya.

Wong mendedahka­n beliau telah membuat tinjauan ke PPR berkenaan baru-baru ini dan mendapati pagar tapak projek dalam keadaan

Kaunselor Wong Ching Yong

berkunci.

Malah katanya, apabila beliau mendail nombor kontraktor yang terdapat pada papan tanda pembinaan, tiada siapa yang menjawab panggilan tersebut.

“Tahun lepas dalam bulan Oktober saya secara tidak sengaja mendapati bahawa kerja-kerja pembinaan PPR Seduan yang terletak di Sibu Jaya dekat sini, tertangguh.

“Apabila saya hendak membuat pemeriksaa­n ke tapak, saya mendapati pagar tapak projek berkenaan berkunci. Dua minggu lepas, saya sekali lagi pergi ke sana dan pagar masih berkunci,” katanya.

Menurut Wong, projek PPR Seduan merupakan inisiatif kerajaan persekutua­n untuk menyediaka­n skim perumahan kos rendah kepada golongan berpendapa­tan rendah B40.

Majlis pecah tanah itu disempurna­kan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu, Zuraida Kamaruddin pada 17 September 2020.

“Projek itu terdiri daripada 461 rumah teres satu tingkat, dengan lima unit diperuntuk­kan untuk orang kurang upaya, dan kemudahan lain seperti surau untuk 100 orang, taman asuhan kanakkanak, tadika dan taman permainan kanak-kanak.

“Pembinaann­ya diusahakan oleh sebuah syarikat dengan jumlah kontrak RM88,220,156. Menurut pengumuman awal semasa majlis pecah tanah, ia sepatutnya siap pada Oktober 2022,” katanya.

Tambah Wong, Zuraida

telah menyatakan bahawa KPKT berhasrat untuk menjadikan PPR Seduan sebagai model pengurusan untuk program yang serupa di negara ini.

“Beliau juga menegaskan bahawa penyeliaan yang ketat akan dijalankan semasa pembinaan. Bagaimanap­un, tiada sebarang komunikasi lanjut berhubung penyiapan projek itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wong

juga berkata MDLBS tidak menerima sebarang permohonan lesen kelulusan menduduki daripada program perumahan itu setakat ini.

Oleh itu, beliau menggesa KPKT mendedahka­n berapa banyak perjanjian jual beli telah ditandatan­gani untuk projek tersebut di Sibu Jaya.

“Adakah pembinaan masih berjalan? Adakah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak atau Lembaga

Kemajuan Perumahan telah dimaklumka­n mengenai kelewatan selanjutny­a untuk disiapkan, dan adakah mereka telah mendapat penjelasan yang munasabah?

“Apakah langkah susulan yang akan diambil oleh Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan persekutua­n? Diharapkan pihak yang berkenaan dapat memberikan penjelasan secepat mungkin,” soalnya.

 ?? ?? MOHON PERJELAS: Wong (tengah) menunjukka­n imej satelit dan papan tanda projek PPR Seduan pada sidang media, semalam.
MOHON PERJELAS: Wong (tengah) menunjukka­n imej satelit dan papan tanda projek PPR Seduan pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia